Pada setiap tahun, seramai lebih 200, 000 graduan akan
dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi sama ada daripada institusi awam
mahupun swasta. Fakta yang memeranjatkan adalah 1 daripada 4 graduan gagal
mendapat tempat dalam sektor pekerjaan setelah bergraduasi lebih daripada 6
bulan dan majoritinya adalah pelajar yang memegang segulung ijazah. Graduan ini
menyumbang sebanyak 35.3% terhadap kadar penggangguran di negara kita Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Jobstreet, 68% daripada
lepasan graduan meminta bayaran gaji serta kelebihan yang tidak munasabah.
Mereka turut menyatakan bahawa 30% daripada lepasan graduan mengharapkan gaji
yang bermula dengan RM6,500.
Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan pengangguran
berlaku di kalangan lepasan graduan mempunyai tiga sebab yang utama. Pertama, sebanyak
59% graduan memiliki karakter yang lemah, kedua, sebanyak 64% graduan lemah
dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan akhir sekali sebanyak 60% lepasan graduan
lemah dalam kemahiran berkomunikasi.
Pihak majikan turut menyatakan bahawa lepasan graduan
kurang menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat kerja, kurang kemahiran
membuat beberapa tugas dalam satu masa, kurangnya kemahiran membuat keputusan
dan kurang dalam kemahiran menyelesaikan masalah.
Sebagai bakal graduan, sama-samalah kita memperkasakan
diri agar dapat menembusi pasaran kerja yang semakin sengit ini. “It depends on
how you ‘sell’ yourself!”
Sumber: https://eduadvisor.my/articles/what-didnt-know-fresh-graduate-unemployment-malaysia-infographic/?utm_source=taboola&utm_medium=msn-malaysia
(Dilayari pada 22 Mei, 2016 pada pukul 12.30AM)
JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217
No comments:
Post a Comment