Buat adik-adik yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading tetapi sukar untuk mengikir sikap yang pemalu, jangan risau, jangan khuatir. Dengan mengikuti tips-tips di bawah ini, adik pasti akan dapat melalui
kehidupan kampus dengan tenang.
1.
Menghadirkan
diri pada minggu pertama
Minggu
orientasi merupakan satu peluang untuk berjumpa dengan orang-orang baru dan
sebagai titik permulaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jangan
akut untuk bercakap dengan orang lain semasa kelas, mereka mungkin gberasa
gemuruh sama seperti anda.
2.
Sertai
kelab ataupun persatuan
Kenal
pasti apakah minat anda, mempunyai minat yang sama akan membuatkan sesebuah
persabahatan lebih mudah terjalin.
3.
Libatkan
diri dengan belajar dalam kumpulan
Bentuk
kumpulan untuk sama-sama menuntut ilmu atau untuk membincangkan tugasan.
4.
Sertai
sukan
Luaskan
pergaulan anda dengan menyertai sukan popular seperti futsal, bola keranjang
dan badminton. Anda juga boleh mencuba sesuatu yang baru seperti yoga, seni
mempertahankan diri dan sebagainya.
5.
Lupakan
gajet anda buat sementara waktu
Berhenti
bermain dengan telefon pintar atau iPad anda. Bersosial dan cuba bercampur
dengan orang-orang di sekeliling anda dengan topik-topik yang menarik seperti
kerenah seseorang pensyarah semasa menolak tugasan pelajar. Selain itu, anda
juga boleh merancang percutian dengan rakan-rakan anda.
6.
Kerja
part-time
Kebanyakkan
kampus menawarkan pelajar untuk bekerja dalam perpustakaan atau dalam bahagian
pentadbiran. Bekerja dalam kampus akan membuatkan anda berkenalan secara tidak
langsung dengan pelajar. Anda juga boleh mencuba untuk mencari kerja part-time
di sekitar kampus, dengan cara ini, peluang untuk berkenalan adalah lebih
tinggi.
7.
Menghadiri
aktiviti anjuran kampus
Keluarlah
daripada kepompong anda dan bersedia mengikuti sebarang aktiviti yang
dianjurkan oleh kampus. Menjadi sebahagian daripada komiti untuk menganjurkan
apa-apa pertandingan juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Akhir
sekali, anda mungkin terkejut dengan pengalaman-pengalaman yang telah
dipelajari dan juga rakan-rakan baru
yang anda temui!
Akhir sekali, semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi!
Sumber:
https://eduadvisor.my/articles/7-tips-making-friends-in-college/ (Dilayari pada 23 Mei, 2016 pada
2.28am)
JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217
JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217
No comments:
Post a Comment