Wednesday, 1 June 2016

Biodata Ahli Pensil Mabuk


Nama diberi Mohd Safiee bin Elias. Dilahirkan di dunia sebagai bangsa melayu yang berpegang kepada ajaran islam. Mempunyai jati diri sebagai manusia biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana. Bercita-cita besar untuk menjadi seorang insan yang berjaya dimata keluarga, masyarakat, Negara mahupun agama.

Nama           :         Mohd Safiee Bin Elias
No. Matrik     :         Bc13110098
Asal              :         Johor
Hobi             :         Menulis
Moto            :         Hidup Berjiwa Hamba






Dilahirkan pada 26.1.1993 dan nama dipilih Muhamad Hafiz bin Hamad. Dibesarkan di sebuah kampung dengan  alam sekitar yang tidak tercemar dan membesar dengan pelbagai suasana kampung dan pengalaman yang menyeronokkan.

Nama                     :         Muhamad Hafiz Bin Hamad
No Mtrik                 :         Bc13110103
Asal                       : Kelantan
Hobi                       :         Memancing
 Moto                              :         No Pain, No Gain




Kastri Yanti Binti Ahmad Diah merupakan anak sulong daripada dua orang adik-beradik. Berasal daripada sebuah perkampungan yang jauh di Lahad Datu, Sabah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paris 1, Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah. Kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Seni Kreatif.  

Nama           : Kastri Yanti Binti Ahmad Diah
No. Matrik     : Bc13110052
Asal              : Lahad Datu, Sabah          
Hobi             : Membaca Buku
Moto : Jangan pernah menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu kerana   waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yang menunggu.





Berasal daripada Tambunan, tetapi dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Keningau mengambil jurusan Kejuruteraan Awam sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dengan kelayakan Diploma daripada sebuah kolej swasta di ibu kota. Lebih suka menghabiskan masa di rumah apabila mempunyai masa terluang. Fakta menarik mengenai penulis ialah suka membela haiwan, haiwan-haiwan yang pernah dibela antaranya kura-kura, labu-labi, tikus belanda, tikus dan ular sawa.

Nama           : Jacinta Zita Valentine
No matrik      : BC13160217
Tempat asal   : Tambunan, Sabah
Hobi             : Mendengar lagu, menyanyi dan menari
Motto hidup   : Therefore do not worry about tomorrow, for tomorrow will worry about itself. Each day has enough trouble of its own.





Saya faridah mohammad, anak sulung dari dua beradik. dilahirkan di kudat dan dibesarkan di sandakan. Bercita-cita mencari makna bahagia dari sebuah kewujudan diri. Prinsip hidup belum cuba, belum tahu. Harapan diri "masih ada cinta untuk menyuburkan hati." justeru sukai ku sederhana kerna imam syafie pernah berpesan semakin kau mengenali diri ku, semakin kau melihat kejelekanku. Oleh itu, kemaafan dipinta dari semua salah silap yang lahir dari bahasa hati sepanjang penulisan ini dihasilkan.

Nama : Faridah Bt Mohammad
No. Matrik : Bc13160221
Tempat Asal : Sandakan, Sabah
Hobi : Mendengar lagu, membaca novel, bersiar-siar dan bermain video game The sims
Motto hidup : Belum cuba, belum tahu.








Cerpen Kerana Kau

KERANA KAU

Dalam menjalani kehidupan walaupun dalam keadaan susah dan senang, seorang manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta kepada seseorang. Hal ini kerana telah ditentukan sejak kita lahir lagi olehNya dan perasaan cinta ini akan berputik apabila kita berjumpa dengan seseorang yang telah ditakdirkan menjadi pasangan kita. Tetapi kita perlu berusaha mencarinya supaya, seseorang yang kita mahukan menjadi pasangan kita sesuai dengan kehendak dan jiwa. Perasaan cinta memberikan kita kebaikan dan keburukan.

    Cinta dalam diri sseseorang individu dapat membuatkannya mengubah kelakuannya menjadi dan lemah lembut. Hal ini berlaku kerana, perasaan cinta itu sendiri mendorong seseorang individu untuk mengubah kelakuannya dihadapan orang yang dicintainya. Seseorang yang dilamun cinta akan bercakap dengan nada suara yang lembut dan sopan semasa bercakap dengan kekasih. Lama kelamaan, disebabkan ianya sering bercakap sebegitu dengan kekasihnya maka dia secara langsung akan terus bercakap dengan sopan dengan orang sekelilingnya.

    Seterusnya, perasaan cintakan seseorang juga akan membuatkan seseorang individu menjadi lebih bersemangat untuk berjaya dalam setiap perbuatannya. Semangat untuk berjaya hadir dalam diri seseorang kerana dia ingin membuatkan orang yang menyintainya berasa bangga dan dapat bergantung hidup kepadanya. Dengan ini, dia akan melakukan setiap perkara seperti pelajaran atau pekerjaan dengan bersungguh-sungguh sehinggalah dia berjaya mencapai matlamat yang dia tetapkan.

      Selain itu, perasaan cinta kepada seseorang juga akan menyebabkan interaksi individu itu dengan orang lain semakin berkurang. Hal ini kerana, dia selalu menghabiskan masa untuk kekasihnya sama ada melaluai telepon atau rangkain sosial. Oleh itu, kekurangan berinteraksi dengan orang lain akan memyebabkan dia kekurangan cara yang betul untuk berkomunikasi dengan masyrakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama.

     Perasaan cinta juga akan menyebabkan seseorang itu mudah terpengaruh dengan pujuk rayu kekasihnya. Hal ini kerana, individu itu tidak akan menyedari bahawa mereka melakukan sesuatu yang tidak baik kerana kewarasan fikiran mereka telah dikawal dengan perasaan cinta yang kuat. Hal ini kebanyakan berlaku kepada kaum wanita. Walaupun mereka baharu berkenalan antara satu sama lain dengan menggunakan laman sosial seperti facebook,twitter,email dan lain-lain, yang mempunyai ahli di seluruh dunia. Mereka sanggup pergi untuk berjumpa dengan kekasihnya walaupun diluar negara sekali pun. Walhal mereka tertipu dengan pujuk rayu kaum lelaki.

   Akhirulkalam, jelaslah bahawa perasaan cinta yang hadir dalam diri manusia memberikan pelbagai kesan, samaada kesan yang positif atau kesan yang negatif. Yang pasti terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan yang terbaik bagi mereka sendiri. Hal ini kerana, individu itu sesendiri sudah dapat membezakan yang baik dan buruk. Tetapi perlu diingati bahawa isteri yang baik adalah untuk suami yang baik.
           
           

Muhamad Hafiz Bin Hamad
Bc13110103

Rencana Pemantapan Universiti Malaysia Sabah


 PEMANTAPAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah ini dapat umpama sebuah pokok yang baru ingin membesar dan ingin mengepakkan sayapnya keseluruh dunia, manakala pelajar-pelajarnya dapat di ibaratkan sebagai dahan pokok. Kekuatan dahan terletak pada pokoknya.  Apabila dahan-dahannya mendapat keperluan yang cukup sudah tentu dahannya akan membesar dan menjadi kuat, begitu juga dengan para pelajar. Sebuah universiti yang cemerlang dari segi tenaga pengajar, pengurusan, pentadbiran  dan lain-lain akan melahirkan para pelajar yang cemerlang, cekap dan  mempunyai mental yang kuat. Sejak Universiti Malaysia Sabah ditubuh sehingga sekarang, walaupun telah lama masa berlalu tetapi universiti ini masih berada di dalam tahap perkembangan. Walaupun begitu universiti ini telah melahirkan para pelajar yang berkemampuan tapi dalam yang  skala sedikit sahaja, disebabkan inilah pihak universiti perlu mengambil iktiar untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemampuan pada masa hadapan  untuk memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan diluar
     Untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang pada masa akan datang pihak universiti boleh melakukan penambahbaikan dari segi pendidikan.   Dari segi pendidikan pihak universiti boleh memperbanyakkan lagi bahan – bahan rujukan seperti buku-buku,majalah dan ekslopedia untuk memudahkan para pelajar membuat tugasan-tugasan mereka.  Bahan-bahan ini boleh diambil daripada negara-negara luar yang maju dari segi pendidikannya dan terjemahkannya didalam bahasa kebangsaan.  Hal ini kerana, dengan bahan rujukan daripada luar negara  yang diambil dengan banyak dan bahan itu sudah terjamin kualitinya  akan menjadikan para pelajar kaya dengan pelbagai ilmu dan tugasan-tugasan mereka akan mempunyai kualiti yang tinggi.  Selain daripada memperbanyakkan bahan rujukan, universiti juga boleh mengambil tenaga pengajar daripada luar negara.  Dengan pengambilan tenaga pengajar daripada luar ini akan memberikan satu kelainan kepada para pelajar dari segi teknik pembelajar dan pengajaran.  Hal ini juga akan membuka minda para pelajar untuk mengambil dan mengadaptasi terhadap keadaan ini supaya memberikan kebaikan kepada mereka.  Dengan tenaga pengajar ini juga akan membuat mahasiswa dan mahasiswi menjadi lebih berminat dan dapat menyerap segala ilmu yang diberikan dengan cepat dan baik.  Selain daripada itu, untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek, pihak  universiti dapat melakukan Program Pertukaran Pelajar dengan lebih kerap.  Program seperti ini dapat dilakukan dengan univesiti lain sama ada dalam atau luar negara.  Hal ini kerana, para pelajar  sendiri akan dapat merasai bagaimana pembelajar dilakukan di tempat-tempat lain dan apabila mereka sudah mahir dengan situasi itu, mereka akan mengamalkan cara itu di universiti mereka sendiri dan hal ini akan memberi manfaat kepada pelajar lain.
     Universiti yang bagus perlulah mempunyai segala kemudahan untuk para pelajar dan kemudahan-kemudahan ini perlulah sentiasa di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pelajar yang cemerlang perlu seimbang dari segi akademik dan kokurikulumnya oleh itu, kemudahan sukan perlulah disediakan untuk pelajar.  Hal ini kerana dengan bersukan para pelajar akan mempunyai tubuh yang sihat dan ini menjadikan mereka bertenaga dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian.  Kemudahah sukan seperti stadium untuk para pelajar melakukan segala aktiviti sukan seperti bermain bola, olahraga dan lain-lain perlu dinaiktaraf supaya sesuai dengan arus perkembangan dan untuk menyesuaikan pelajar supaya, apabila bertanding ditempat yang lain mereka tidak akan berasa janggal.  Selain kemudahan sukan, kemudah kolej kediaman perlu disediakan untuk para pelajar.  Tempat kediaman para pelajar ini perlulah sentiasa bersih dan bebas daripada ancaman hal ini kerana dengan persekitaran yang bersih  dan mereka akan dapat melakukan ulang kaji atau membaca dengan lebih baik dan lebih fokus. Jika persekitaran kediaman mereka kotor hal ini sudah tentu akan menjejaskan prestasi mereka. Keselamatan pelajar juga perlulah sentiasa terjamin semasa menetap di sini.  Oleh itu bangunan ini perlu diselenggara setiap beberapa bulan untuk mencegah sebarang kemungkinan yang akan menimpa para pelajar seperti kebakaran akibat pendawaian elektrik dan lain-lain.  Kemudahan lain yang perlu dititikberatkan oleh pihak universiti adalah kemudahan pengangkutan. Semua sudah maklum bahawa kolej kediaman dengan tempat pembelajaran adalah jauh oleh itu pihak universiti perlu menyediakan pengangkutan seperti bas kepada para pelajar dengan lebih banyak.  Hal ini kerana pada masa-masa tertentu jumlah bas yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai yang ingin menaiki bas.  Dengan pengangkutan bas ini juga para pelajar tidak perlu untuk berjalan kaki ke tempat pembelajar yang jaraknya jauh.  Hal ini kerana para pelajar tidak akan keletihan akibat berjalan kaki apabila sampai di bilik kuliah dan perkara ini akan membuatkan para pelajar tetap fokus untuk menghadapi kuliah yang akan diadakan.
     Universiti yang cemerlang akan mengambil berat tentang aspek keselamatan terhadap para pelajarnya. Kawasan universiti yang selamat untuk para pelajar akan menyebabkan mereka rasa yakin untuk keluar dan melakukan aktiviti mereka sendiri.  Perkara ini seperti ragut, rompak dan samseng jalanan dapat dielakan dan dicegah dengan pegawai keselamatan universiti melakukan rondaan dengan lebih kerap di dalam kawasan universiti.  Perkara-perkara ini berkemungkinan berlaku kepada pelajar yang berjalan kaki oleh itu pegawai keselamatan perlu meronda pada waktu-waktu pelajar tamat kelas terutama pada waktu malam.   Selain itu keselamatan pelajar yang menggunakan kenderaan sendiri juga perlu dititikberatkan dan merancang satu perancangan untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kemalangan semasa berada dalam kampus. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah kemalangan dengan kenderaan.   Oleh itu pihak universiti boleh mencegah kemalangan ini berlaku dengan lebih kerap dengan menetapkan para pelajar yang mempunyai lesen motor yang sah disisi undang-undang sahaja dibenarkan membawa motor.  Hal ini kerana pelajar yang mempunyai lesen motor sudah mengetahuai tentang peraturan-peraturan semasa berada di atas jalan raya.  Bagi para pelajar  antaranbangsa pula pihak universiti boleh menetapkan syarat iaitu mereka perlu menjalani kursus memandu terlebih dahulu dan lulus dalam segala peperiksaan undang-undang jalan raya jika mereka ingin menggunakan kenderaan sendiri.  Hal ini kerana, kebanyakan para pelajar antarabangsa tidak mengetahui undang-undang jalan raya di negara kita dan peraaturan di negara mereka berbeza dengan negara kita, oleh itu mereka lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Dengan kursus yang mereka hadiri mereka akan mengetahui dengan lebih tepat tentang undang-undang kita dan dapat mengelakkan kemalangan daripada terjadi.  Selain itu, untuk mencegah kemalangan pihak universiti boleh mengarah para pegawai keselamatan jalan raya mengawal lalu lintas ditempat-tempat yang berkemungkinan berlakunya kemalangan.  Hal ini kerana para pelajar yang tamat kuliahnya akan menghadapi bahaya kerana jumlah pelajar lebih ramai dan kesesakan mungkin berlaku.  Oleh itu, mereka boleh mengawal lalu lintas untuk mengelakkan kesesakan jalan dan memastikan para pelajar yang melintas jalan selamat terutama pada waktu-waktu kemuncak.  Hal ini kerana pada waktu ini kenderaan-kenderaan semakin banyak.
     Universiti yang cemerlang perlu mempunyai pentadbiran dan pengurusan yang baik. Hal ini kerana pentadbiran dan pengurusan yang baik akan memudahkan para pelajar untuk berurusan. Oleh itu pihak universiti perlulah mempunyai pengurusan dan pentadbiran telus dan tidak mempunyai sifat-sifat negatif yang akan menjadi ikutan para pelajar kelak.  Untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran, pihak universiti boleh mengurangkan tahap atau peringkat untuk setiap urusan.   Dengan ini para pelajar tidak perlu untuk menjalani proses yang sama berkali-kali kerana urusan mereka dapat diselesaikan dalam satu peringkat sahaja.  Selain itu, universiti juga boleh menjadikan pengurusan dan pentadbiran dengan lebih cekap dan teratur, dengan mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.  Hal ini kerana mengupah pekerja yang sudah mempunyai pengalaman, mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu supaya perkara yang penting dapat diselesaikan dengan segera.   Mereka juga sudah pandai untuk mengatur tentang hal pentadbiran dan pengurusan untuk menjadi lebih tersusun.  Dengan pengambilan pekerja yang berpengalaman juga dapat menjadikan pentadbiran dan pengurusan lebih baik kerana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan  cepat kerana mereka mungkin pernah mengalami masalah itu dan merancang beberapa rancangan untuk menghadapinya.

    Kesimpulannya, universiti yang cemerlang dari pelbagai segi akan melahirkan para pelajar yang mantap dari segi akademik , fizikal dan mental sama ada dalam masa 20 tahun   atau 30 tahun akan datang.  Hal ini sesuailah dengan sepohon pokok yang melambang para pelajarnya dan universitinya.  Oleh itu pihak universiti perlulah memantapkan lagi asasnya untuk membantu para pelajar  untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada negara seterusnya mengharumkan Universiti Malaysia Sabah.  Pihak yang berwajib perlulah mengambil langkah ini dengan segera agar universiti ini lebih dipandang tinggi dan terkenal di seluruh pelusok dunia serta dapat menarik lagi masyrakat diluar sana untuk menyambung pelajaran mereka di universiti ini

Muhamad Hafiz bin Hamad
bc13110103

Budaya Berpantun 2


Pantun Budi


Daun keladi dimakan kijang         
Terjumpa pula daun palas
Jika berbudi pada orang

Tidak perlu minta dibalas

Daun keladi dalam perahu
Sudah tahu apa jenisnya
Yang berbudi perlu tahu
 Berbudi itu perlu seiklasnya.

Daun lidi asal dari pokok kelapa
Tidak terkira diambil orang setiap masa
Hendak berbudi pada sesiapa
Tidak mengira tempat dan masa Mencari lidi merentas titi
Perasaan gayap kaki terkilas
Kita berbudi pada komuniti
Hendaklah senyap supaya ikhlas

Bawa baldi tampa berkata
Baldi itu ada daun palas

Orang berbudi pada kita
Oleh itu perlu dibalas
 



Tuesday, 31 May 2016

MAINAN BUDAK KAMPUNG 3

LUMBA BASIKAL

Untuk digelar Jaguh kampung
Jalan lurus menjadi saksi
Perlumbaan si pemiliki basikal sensasi
Yang menang akan dipuji

Mewarnai hari muda
Basikal teman sejati
Pembonceng kesana kesini

Beroda dua jasanya berbakti

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098


sumber : http://tamandagangjb.blogspot.my/2010_06_01_archive.html


PRESIDEN HIDUPKU!


Dikala sepi menyepit sejenak tubuhku,
kehadiran Mu menyuntik sayu dalam sanubariku,
disaat lidahku melafazkan kalimah suci,
titisan air mata menjangkau perasaan kasih,
menjadi ilusi bertarung imaginasi,
berdarah disudut kecil hatiku,
kita bertemu dalam tidur lenaku,
mendamaikan rasa mengungkap rindu seketika.
Menanti sinar menyinsing,
pelangi indah telah ku temui,
secangkir air dilimpahi doa dan rahmat,
menjadi cahaya menerangi kamar,
menjadi petunjuk perjalanan hidup Mu,
hidup di perantauan menyulitkan Ku,
untuk bersua dengan Mu,
mendampingi diri Mu,

Doa diutuskan sepanjang perjalanan,
kehidupan hakiki penuh sempurna,
semai cinta bersama kekasih abadi,
segalanya pasti syurga menanti,
ku pahat dalam memori kenangan,
akan ku kenang jasa pengorbanan,
hanya dikau presiden
empayar kerajaan hati

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

MAINAN BUDAK KAMPUNG PART 2


MANDI HUJAN

Tak cukup dengan paya
langit mendung pula dinanti
Menuggu limpahan hujan
Menanti percintaan Hindustan

Indahnya hidup di Felda
Penuh warna suka dan duka
Mencarik memori indah bersama

Merobek sepi sengsara

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

Sumber:  https://fathu92.wordpress.com/author/fathu92/page/3/


KELEBIHAN BERSAHABAT DENGAN SOLAT

Solat lima waktu sehari semalam merupakan fardhu ain keatas muslim yang mukallaf dan barangsiapa yang meninggalkannya akan mendapat azab yang sangat hebat di akhirat nanti.Solat ada banyak kebaikannya , antara yang dapat dikesan ialah:

* Solat boleh menghapuskan dosa, mendapat pahala dan menaikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.

* Solat merupakan senaman (riaadah) yang Allah jadikan untuk hambanya.

* Solat akan memberi cahaya kepada wajah, hati, kubur dan hari kiamat nanti kepada tuannya.

* Solat merupakan makanan rohani.

* Kedudukan solat dalam agama seperti kepala dengan tubuh badan, bagaimana badan akan hidup tanpa kepala begitulah juga bagaimana agama seseorang itu nak hidup tanpa solat.

* Solat adalah sebagai pembersih jiwa seseorang.

* Solat adalah penyempurna kepada Islam atau agama seseorang.

* Solat boleh menambah keimanan dan keyakinan kepada Allah dan kebenaran Islam.

* Solat boleh mencegah tuannya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

* Solat boleh mengajar seseorang itu berdisiplin dalam hidup mereka.

* solat melatih seseorang itu mengamal kehidupan yang mementingkan kebersihan.

* Solat melatih seseorang itu menepati waktu.


MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

Monday, 30 May 2016

TIPS MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Pengalaman semasa menjalani latihan industri merupakan mengalaman yang paling penting sebagai persediaan untuk menuju ke alam pekerjaan. Dunia pekerjaan adalah berbeza dengan dunia dalam kampus, gunakan tips di bawah untuk membantu diri anda untuk mengambil seberapa banyak pengalaman yang boleh semasa menjalani latihan industri kelak.
·         Jelaskan apa yang anda harapkan daripada latihan industri ini. Dengan cara ini, anda dan majikan anda dapat mencapai kata persetujuan mengenai tugas serta tanggungjawab yang bersesuaian serta menepati kriteria anda sebagai pelatih.
·         Ambilah kesempatan untuk bertanya seberapa banyak soalan pada awal latihan. Ini adalah cara yang paling cepat untuk anda mengetahui carta aliran tugas yang berlaku dalam sesebuah badan organisasi atau syarikat.
·         Kerap berjumpa dengan penyelia anda untuk memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pihak. Ini merupakan cara yang baik untuk mengetahui prestasi anda.
·         Tanggapan pertama atau impresi pertama adalah sangat penting. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengekalkan cara anda berpakaian, bercakap, menulis dan melakukan semua tugasan seperti seorang profesional. Sentiasa memulakan sesuatu dengan salaman, kekalkan ‘eye contact’, senyum, ramah dan yakin pada diri.
·         Jadilah seorang pemerhati yang baik dan sentiasa bertanyakan soalan mengenai tataterbit yang sepatutnya di tempat kerja. Ini adalah kerana organisasi yang berlainan mempunyai harapan yang berbeza terhadap pekerjanya dan adalah sangat penting untuk anda mengetahui seterusnya mengamalkan budaya korporat di tempat kerja. Ini termasuklah isu cara pemakaian yang sesuai, tatasusila ketika berhadapan dengan pelanggan, membuat panggilan peribadi dan memilih tempat parkir kereta yang sesuai.
·         Fokus kepada kemahiran berkomunikasi sama ada secara bertulis atau pun secara lisan. Baca berulang kali tugasan secara bertulis yang telah disiapkan untuk memastikan tiada kesalahan ejaan mahupun tanda baca. Apabila ingin berkomunikasi dengan rakan sekerja, gunakan bahasa yang sopan.
·         Datang ke tempat kerja mengikut waktu yang telah ditetapkan atau seperti yang diperlukan. Buatlah satu panggilan sekiranya anda sakit ataupun terpaksa datang lewat ke tempat kerja. Pilih hari untuk mengambil cuti; anda tidak seharusnya mengambil cuti pada hari-hari yang penting.
·         Wujudkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Bersikap ramah, sopan, bersedia untuk membantu dan peka. Adalah baik untuk bertegur sapa dengan rakan sekerja untuk mengenali mereka, namun elakkan mengumpat dan membuat aduan. Berikan kerjasama sepenuhnya. Terima segala tugasan yang diberikan tanpa sebarang rungutan, minta tugasan lebih sekiranya tugas yang diberikan itu telah diselesaikan. Sentiasa mendengar arahan dan meminta pencerahan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Belajar untuk bekerja dalam kumpulan, amalkan sikap saling menghormati pandangan daripada ahli-ahli yang lain. 
·         Apabila tamat latihan industri, pastikan anda meminta surat rekomen daripada penyelia anda. Sentiasa berhubung dengan penyelia anda agar anda boleh meminta bantuannya untuk dijadikan sebagai calon rujukan anda pada masa akan datang.
Semoga tips ini bermanfaat untuk rakan-rakan seperjuangan yang bakal menjalani latihan industri pada masa akan datang. Semoga berjaya!


JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

   

Sunday, 29 May 2016

RENCANA TENTANG CINTA

Gaya Cinta Wanita

Perasaan cinta memang tidak boleh lari daripada setiap makhluk yang berada di muka bumi ini. Semuanya memerlukan cinta tidak kiralah manusia, haiwan mahupun alam semulajadi. Bagi wanita, tanpa kehadiran cinta, hidup akan menjadi tidak bermakna, kosong dan tidak mempunyai arah tuju.

Apabila kita mulai membicarakan isu cinta, bermacam-macam ragam atau gaya seseorang wanita itu dapat dilihat. Ada yang boleh dijadikan teladan, ada juga yang boleh dijadikan iktibar. Oleh itu, sama-samalah kita melihat gaya cinta wanita yang boleh dilihat pada masa kini.     
            
Terdapat berbagai-bagai ragam atau gaya orang yang bercinta ini. Salah satu daripadanya ialah cinta yang hanya mengutamakan daya tarikan luaran atau fizikal iaitu cinta romantik. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai cinta pandang pertama. Gaya cinta jenis ini dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, dorongan seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta ini cuma ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya sahaja.
            
Cinta permainan pula boleh dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak berselindung. Wanita yang menggayakan cinta permainan ini tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius kerana belum begitu yakin dengan kewibawaan lelaki tersebut. Motif lain pula adalah untuk membalas dendam kerana mempunyai sejarah silam yang berlaku dalam keluarga ataupun daripada pengalaman masa lalu.
            
Cinta kawan karib ialah perasaan cinta yang terhasil daripada hubungan yang erat dan mesra yang telah lama terjalin. Pasangan dalam kategori ini lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding dengan emosi yang mendalam dalam hubungannya. Bagi wanita, lelaki pilihannya mungkin terdiri daripada rakan sejak di bangku sekolah ataupun rakan sepermainannya ketika zaman kanak-kanak dahulu.
            
Cinta “gila” ialah gaya cinta individu yang  menunjukkan rasa cinta mereka dengan cara yang keterlaluan. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang pasangan, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka yang memiliki cinta jenis ini juga akan mengawal dan mengongkong pasangan mereka dengan keterlaluan, selalu cemburu buta, sentiasa berasa bimbang dan takut kehilangan orang yang dicintai.  
            
Cinta logikal atau pragmatik ialah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Perasaan cinta seperti ini hanya timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan tersebut benar-benar dirasakan layak untuknya. Kematangan dan pengalamanlah yang mendorong wanita untuk mencari cinta yang realistik, tidak terburu-buru dan tidak menurut nafsu. Cinta sebegini biasanya dapat diteruskan sehingga ke alam perkahwinan.
            
Cinta pengorbanan pula dimiliki oleh seorang yang berhati mulia dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintai serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka akan memberikan kasih sayang sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup mengetepikan kepentingan sendiri demi kebahagiaan pasangan.
            
Cinta yang tidak matang pula dikuasai oleh perasaan dan tidak berdasarkan rasional. Segala tindak-tanduk mauhupun keputusan yang dibuat adalah hasil daripada perasaan yang dialami pada ketika itu dan selalunya akan disusuli dengan penyesalan.
            
Akhir kata, perlu diingatkan bahawa cinta sepatutnya mendatangkan bahagia kepada kedua-dua belah pihak kerana cinta tidak boleh dipaksa. Adakalanya, tanpa kekasih adalah lebih baik daripada mempunyai kekasih sekiranya hubungan yang dibina itu hanya mendatangkan lebih banyak penderitaan daripada kebahagiaan.

JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217      

7 TIPS MEMULAKAN HIDUP BARU DALAM KAMPUS

Buat adik-adik yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading tetapi sukar untuk mengikir sikap yang pemalu, jangan risau, jangan khuatir. Dengan mengikuti tips-tips di bawah ini, adik pasti akan dapat melalui kehidupan kampus dengan tenang.

1.    Menghadirkan diri pada minggu pertama
Minggu orientasi merupakan satu peluang untuk berjumpa dengan orang-orang baru dan sebagai titik permulaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jangan akut untuk bercakap dengan orang lain semasa kelas, mereka mungkin gberasa gemuruh sama seperti anda.

2.    Sertai kelab ataupun persatuan
Kenal pasti apakah minat anda, mempunyai minat yang sama akan membuatkan sesebuah persabahatan lebih mudah terjalin.

3.    Libatkan diri dengan belajar dalam kumpulan
Bentuk kumpulan untuk sama-sama menuntut ilmu atau untuk membincangkan tugasan.

4.    Sertai sukan
Luaskan pergaulan anda dengan menyertai sukan popular seperti futsal, bola keranjang dan badminton. Anda juga boleh mencuba sesuatu yang baru seperti yoga, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

5.    Lupakan gajet anda buat sementara waktu
Berhenti bermain dengan telefon pintar atau iPad anda. Bersosial dan cuba bercampur dengan orang-orang di sekeliling anda dengan topik-topik yang menarik seperti kerenah seseorang pensyarah semasa menolak tugasan pelajar. Selain itu, anda juga boleh merancang percutian dengan rakan-rakan anda.

6.    Kerja part-time
Kebanyakkan kampus menawarkan pelajar untuk bekerja dalam perpustakaan atau dalam bahagian pentadbiran. Bekerja dalam kampus akan membuatkan anda berkenalan secara tidak langsung dengan pelajar. Anda juga boleh mencuba untuk mencari kerja part-time di sekitar kampus, dengan cara ini, peluang untuk berkenalan adalah lebih tinggi.

7.    Menghadiri aktiviti anjuran kampus
Keluarlah daripada kepompong anda dan bersedia mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kampus. Menjadi sebahagian daripada komiti untuk menganjurkan apa-apa pertandingan juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Akhir sekali, anda mungkin terkejut dengan pengalaman-pengalaman yang telah dipelajari  dan juga rakan-rakan baru yang anda temui!

Akhir sekali, semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi!


Sumber: https://eduadvisor.my/articles/7-tips-making-friends-in-college/ (Dilayari pada 23 Mei, 2016 pada 2.28am)  

JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

APA KATA MAJIKAN?

Pada setiap tahun, seramai lebih 200, 000 graduan akan dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi sama ada daripada institusi awam mahupun swasta. Fakta yang memeranjatkan adalah 1 daripada 4 graduan gagal mendapat tempat dalam sektor pekerjaan setelah bergraduasi lebih daripada 6 bulan dan majoritinya adalah pelajar yang memegang segulung ijazah. Graduan ini menyumbang sebanyak 35.3% terhadap kadar penggangguran di negara kita Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jobstreet, 68% daripada lepasan graduan meminta bayaran gaji serta kelebihan yang tidak munasabah. Mereka turut menyatakan bahawa 30% daripada lepasan graduan mengharapkan gaji yang bermula dengan RM6,500.

Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan pengangguran berlaku di kalangan lepasan graduan mempunyai tiga sebab yang utama. Pertama, sebanyak 59% graduan memiliki karakter yang lemah, kedua, sebanyak 64% graduan lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan akhir sekali sebanyak 60% lepasan graduan lemah dalam kemahiran berkomunikasi.

Pihak majikan turut menyatakan bahawa lepasan graduan kurang menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat kerja, kurang kemahiran membuat beberapa tugas dalam satu masa, kurangnya kemahiran membuat keputusan dan kurang dalam kemahiran menyelesaikan masalah.

Sebagai bakal graduan, sama-samalah kita memperkasakan diri agar dapat menembusi pasaran kerja yang semakin sengit ini. “It depends on how you ‘sell’ yourself!”



JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

Monday, 23 May 2016

Aplikasi Cinta Dalam Hidup Kita

Apa yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta bermakna perasaan sayang sama ada kepada Negara, ibu bapa, kawan-kawan, kebebasan dan lain-lain. Bukti cinta tidak semestinya melalui ungkapan saja, tetapi bukti cinta boleh dilihat melalui perbuatan. Cinta yang diungkapkan tanpa diiringi dengan perbuatan bukanlah cinta sejati. Cinta seharusnya menjadikan pemilik cintanya saling memelihara hubungannya dengan Tuhan dan manusia. Bahkan cinta juga seharusnya menjadikan pemilik cintanya saling menghargai apa yang ada disekililingnya seperti alam, tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Cinta juga seharusnya berperanan menjadikan setiap manusia itu bertakwa, berpekerti mulia, berkasih sayang, bahagia, bersyukur, dan hidup dalam keadaan aman dan juga damai.
  Cinta tidak seharusnya menjadikan perilakunya tidak bertamadun, tidak berakhlak, kemiskinan jiwa, ketandusan sikap berperikemanusiaan. Bahkan cinta juga seharusnya tidak menjadikan pemiliknya kehilangan akal waras sehingga sanggup mengorbankan kehormatan. Sebagai contoh cinta di antara lelaki dan perempuan yang bukan halal hubungannya. Oleh kerana terlalu cinta, takut berpisah dan sebagai bukti kasih sayang yang mendalam sanggup menuruti apa sahaja kemahuan pasangan. Walaupun sedar tindakan yang dilakukan itu adalah salah meskipun pasangan menjanjikan cinta akan diikat dan diakhiri dengan tali perkahwinan  yang sebenarnya adalah kata-kata kosong yang diselimuti dengan hawa nafsu sahaja dan pengakhirannya berakhir dengan kesedihan, kekecewaan dan yang paling malang sekali perbuatan itu akan mencemarkan kedua-dua nama baik keluarga yang juga akan memberi tekanan disebabkan perkara itu akan menjadi bualan dan buah mulut orang di sekeliling.
 Di sudut lain dalam sebuah kehidupan berkeluarga kerana cinta kepada anak-anak, ibu bapa terlalu sibuk mencari wang. Kerana mereka beranggapan cinta dengan anak-anak ialah apabila mereka mampu memberikan apa sahaja keinginan anak-anak mereka. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan keperluan kasih sayang, pemerhatian yang lebih, dan keprihatinan yang seharusnya semua anak-anak merasainya. Wang bukanlah segala- galanya. Sehingga akhirnya anak-anak ini mencari kebahagiaannya di luar daripada rumah malah ada anak-anak yang mengaku lebih bahagia di luar kerana ada insan yang memahami mereka, boleh meluangkan masa dengan mereka, mendengar dan berkongsi masalah, sehingga faktor dengan siapa mereka berkawan itu bukan satu kriteria utama yang perlu difikirkan asalkan kebahagiaan dan keperluan hati itu dapat dipenuhi. Kerana mereka  anak-anak yang seharusnya mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada seorang ibu bapa, maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Seperti kawin lari, melahirkan anak luar nikah, dan sebagainya. Ibu bapa pula saling menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing mahu mempertahankan diri, tidak beralah, yang akhirnya menyebabkan kedua-dua pasangan ini bertengkar, bergaduh sehinggalah goyah tiang rumahnya, hilang kebahagiaannya, dan  jatuh berciciran kedamaiannya. 
 Dalam perhubungan sesama kawan pula, sekiranya kita cinta kepada kawan kita. Kita seharusnya tidak membiarkan dia melakukan apa saja yang tidak baik untuk dirinya. Jangan pula kerana sayang dan cinta kepada hubungan persahabatan, kita sanggup menutup mata, memekakkan telinga  dan mengiyakan apa sahaja perbuatan dan tindakan kawan kita. Jangan juga kerana cinta dengan kawan, kita mengawal kebebasan kawan, sehingga dia tidak dapat memutuskan kehendak dan kemahuannya. Dalam erti kata yang dekat, bersederhana dalam perhubungan, tidak melebih-lebih. Buktikanlah cinta kita kepada kawan dengan menjadi seorang pendengar yang setia. Memberi bantuan kala dia memerlukan. Menasihatinya dengan penuh hikmah, bukan berniat untuk memalukannya. Jangan meninggikan suara ke atas kawan, ketika kita berada di khalayak  kawan-kawan yang lain, dan yang paling penting seorang kawan seharusnya mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan kawannya meski dia tidak mengetahuinya.  
 Apabila kita mencintai, pastilah kita akan menzahirkannya. Setiap orang ada caranya dalam menzahirkan rasa cinta. Namun harus kita fikir dan utamakan, sebelum kita memberi  cinta kepada orang lain, atau mencintai orang lain, siapa yang sebenarnya yang layak diberi cinta atau dicintai terlebih dahulu? Adakah ibu bapa atau kawan-kawan? Atau mungkin kekasih kita? Semua itu harus difikirkan. Ia penting kerana ia akan mempengaruhi cara perhubungan kita, walau dengan siapa  pun cinta itu akan kita berikan. Cinta yang paling utama, sebelum kita mencintai ibu bapa kita, kawan atau kekasih kita, adalah cinta kepada Allah. Kita harus mengingati kembali, apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini? Kalau bukan hidup sebagai hamba tuhan yang bertuhan dan mengabdikan diri kepada tuhan dengan mengerjakan segala perintah, mengakui keesaanNya dan meninggalkan segala larangannya. Apabila kita cuba menjauhkan diri dengan apa yang Allah larang, kita cuba mengamalkan segala apa yang diperintahkan Tuhan, dengan penuh tawaduk, iman, dan ikhlas. Kita pasti menjadi seorang hamba yang kaya sahsiahnya, terpuji akhlaknya dan tinggi nilai kehormatannya. Kerana Allah sendiri sudah berfirman, hambanya yang mengerjakan perintahnya (solat), akan terpelihara dirinya daripada mengerjakan perbuatan yang mungkar. Hidupnya juga akan diberkati dan dirahmati. Apabila perbuatannya yang tunduk kepada Tuhan, dia pasti akan menzahirkan cintanya dengan penuh kehormatan dan terpuji walau dengan siapa pun penerima cintanya. Yang pasti penzahiran cinta yang disulami dengan peribadi mulia, pasti akan membahagiakan setiap entiti tidak kira sama ada sesama manusia, alam, hidupan bahkan tumbuhan sekalipun.
 Apabila cinta kepada Allah sudah tersimpul utuh di hati, pasti kita akan menjadi seorang insan yang cinta kepada diri kita. Apa yang di maksudkan dengan cinta kepada diri kita? Cinta kepada diri kita itu hanya mampu dikesan apabila kita menghargai apa yang Allah berikan kepada kita, ia merangkumi soal fizikal kita, sama ada cacat, atau sempurna,akal dan fikiran, kecantikan, kesihatan, rezeki, jodoh bahkan kita juga akan menghargai kemampuan diri kita. Kita tidak akan dengki dengan apa yang tidak ada dengan kita, kita tidak akan menyalahkan Tuhan atas setiap yang ditakdirkannya kepada kita, kita tidak akan kecewa dan sedih yang melampau apabila kita diuji. Dalam erti kata yang luas, kita mensyukuri setiap pemberian Tuhan kepada kita, yang mana kita yakin, setiap yang diberikan ke atas kita itu, adalah yang terbaik buat kehidupan kita.  Semua ini tanda-tanda kita cinta kepada diri kita. Apabila kita mampu mencintai diri kita, barulah kita layak untuk mencintai insan-insan lain termasuklah ibu bapa kita, kawan-kawan kita, kekasih kita, bahkan kepada sesama insan iaitu jiran kita.  Tidak setakat itu sahaja, pemberian cinta itu pasti menular kepada alam, hidupan dan juga tumbuh-tumbuhan. 
 Setelah kita mampu mencintai diri kita sendiri, barulah kita dapat mencintai ibu bapa kita. Mencintai ibu bapa kita tidak cukup dengan sekadar ungkapan “saya sayang ibu dan ayah”. Tidak cukup hanya dengan memberi wang, kemudian menghantarnya ke pusat warga tua dengan alasan di tempat itu ibu bapa kita akan lebih mendapat penjagaan, mempunyai rakan-rakan dan pelbagai alasan lain sebagai jalan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Sebenarnya jasa ibu bapa kita memang tidak mampu untuk dibalas dan dibayar walau kita hidup seribu tahun sekalipun untuk berbakti kepada dirinya. Jasanya juga tidak mampu dinilai dengan wang ringgit yang bergunung- ganang. Namun apa yang mampu kita lakukan sebagai seorang anak, ialah dengan berbakti kepada ibu bapa kita, menjaga dirinya dengan sebaiknya, menjaga makan minumnya, rehat dan tidurnya agar teratur dan terjaga, menjaga hatinya jangan sampai terluka dan terguris. Apa yang paling utama maksud cinta yang sebenarnya ke atas ibu bapa  ialah kita sebagai seorang anak sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan kebaikannya, memohon keampunan dan keselamatan ke atas dirinya, dari dunia hinggalah ke akhirat. Cinta kita kepada ibu bapa kita, tidak seharusnya hanya ketika mereka masih hidup, dan berakhir apabila mereka telah tiada di dunia ini. Sebaiknya walau jasad mereka sudah dikandung tanah dan dimamah ulat, cinta kita terus mekar ke atas diri mereka. Bukan dengan cara meratapi setiap saat kematian mereka, tetapi cukuplah sekadar kita menzahirkannya dengan untaian doa dan perilaku yang mulia di atas muka bumi ini. Mudah-mudahan mereka mendapat pahala serta diberkati di dunia dan akhirat.
Seperti yang saya katakan di awal ayat tadi, apabila kita mencintai Allah terlebih dahulu cinta kita bukan saja terhad kepada manusia, bahkan ia juga akan menular kepada alam, hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Kita akan mencintai alam sekitar kita dengan memelihara kawasan sekitar, supaya ia sentiasa dalam keadaan bersih, dan terjaga. Rasa ketakwaan kita kepada Pencipta akan menyebabkan kita takut untuk merosakkan bumi seperti membuang sampah merata-rata tempat, menebang pokok sesuka hati, membuang toksid ke dasar lautan sehingga menjejaskan ekosistem laut, tidak akan mengurung binatang seperti burung ke dalam sangkar, tidak menendang kucing, tidak membiarkan haiwan kelaparan dan tidak jijik ke atas haiwan seperti anjing dan babi. Bahkan cinta akan menyebabkan kita menyayangi alam sekitar kita, tumbuh-tumbuhan disirami dan dibaja, haiwan-haiwan pula dibelai dan disayangi, seperti makhluk bernyawa yang lain.
 Kesimpulannya cinta yang sebaiknya ialah cinta yang mampu menjadikan pelakunya berpekerti mulia, menjadikan setiap entitinya hidup dalam keadaan bersatu, aman damai dan juga bahagia. Keadaan ini akan melahirkan satu kelompok masyarakat yang harmoni. Masyarakat yang harmoni akan memberi banyak manfaat  kepada sosial, politik dan ekonomi sesebuah Negara itu. Dari segi sosial, akan lahir masyarakat yang sihat akal fikirannya, menjauhi dadah, kadar bilangan jenayah yang rendah dan sebagainya. Apabila lahir acuan masyarakat sebegini, keadaan politik juga pasti sihat, bebas dari kekotoran rasuah, cemuhan rakyat dan rusuhan, akhirnya pendapatan ekonomi Negara pasti meningkat dan merangsang apabila banyak pelancong asing datang ke Negara kita. Keamanan mengukuhkan lagi keyakinan dan kepercayaan mereka untuk melabur saham ke Negara kita. Secara tidak langsung Negara kita juga  mampu melonjakkan lagi kedudukannya di tempat yang lebih tinggi dalam senarai Negara yang aman dan bahagia di dunia.

Faridah Bt Mohammad
BC13160221




Sunday, 22 May 2016

Seloka Alam

Duhai manusia sahabat seasal
Tercipta bersama berpisah tiada
Ku dendangkan stanza-stanza puisi
Sebagai renungan untuk kau kenangkan
Sementara kau aku punya kesempatan
Kau tidak bisa merasai hadirku
Jika hati mu tidur membuta
Kau tidak bisa melihat indahku
Jika hati mu malap cintanya
Kau tidak bisa mendengar siulan ceria ku
Jika kalungan hasad menghiasi mahkota hatimu
Masakan bisa kau merasa damai tenangku
Jika hati mu lolos dalam wajah diri mu
Masakan bisa kau cium nyamanku
Jika surat mu terkoyak janji
Gila dalam lagu ilusi mu
Aku hanya terlihat sahabat
Saat kau merasa

Musuh mu bayangan ciptaan dirimu

Faridah Mohammad
BC13160221