SAKIT KEPALA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Sakit
kepala ialah rasa sakit di sebelah kiri, atau kedua-dua sisi, atau di bahagian
hadapan (kening) kepala. Kebanyakan pening kepala pada kanak-kanak sembuh
dengan sendirinya. walau bagaimanapun, ada kalanya sakit kepala menandakan
kemungkinan terjadinya masalah kesihatan yang serius pada pesakit tersebut.
Oleh itu, ibu bapa perlulah memahami gejala-gejala yang diperlihatkan daripada
anak-anak mereka yang sering mengalami sakit kepala. Jika seseorang kanak-kanak
itu masih kelihatan segar dan sihat ketika sedang mengalami serangan sakit
kepala, maka kemungkinan besar dia tidak mengalami masalah kesihatan yang
serius. Walau bagaimanapun sekiranya kanak-kanak itu sering mengalami sakit
kepala yang berulang-ulang disertai dengan penurunan berat badan, kekurangan
selera makan, kelihatan lemah, memperlihatkan pergerakan-pergerakan yang
canggung atau cemerkap (clumsy), maka
berkemungkinan kanak-kanak itu mengalami masalah kesihatan yang memerlukan
rawatan doktor.
Pelbagai
faktor psikologi sering dikaitkan sebagai salah satu punca sakit kepala.
Seseorang kanak-kanak mungkin mengadu mengalami sakit kepala berpunca daripada
rasa takut untuk pergi ke sekolah kerana kerja sekolah yang diberikan oleh guru
belum selesai, kawan-kawan sering mempersendakan atau mengejek, atau dia telah
membuat sesuatu kesalahan yang menyebabkan orang lain marah. Sakit kepala yang
dialami berpunca daripada masalah di atas memang dirasai oleh si anak. Rasa
sakit kepala yang disebabkan oleh kerisauan atau keresahan boleh dikurangkan
dengan parasetamol dengan dos yang disarankan pada label botol ubat. Setelah
itu biarkan anak anda baring di katik dalam keadaan bilik yang gelap untuk
beberapa jam.
Sakit
kepala juga boleh terjadi disebabkan oleh migrain. Migran ialah istilah
perubatan yang digunakan untuk sakit kepala yang teruk serta berulang-ulang.
Kebanyakan kita menyangka hanya orang dewasa sahaja yang mengalami migrain
tetapi nyata anggapan inilah yang tidak benar kerana migrain merupakan masalah
yang boleh dihadapi oleh kanak-kanak. Antara gejala yang sering dialami oleh
kanak-kanak ketika migrain ialah seperti sakit kepala, muntah, sakit perut,
demam, dan gangguan penglihatan. Sakit kepala biasanya terasa di sebelah kanan
atau kiri dan di kening.
Seterusnya
masalah penglihatan juga boleh menyebabkan sakit kepala. Hal ini kerana
ketegangan pada otot-otot mata untuk menjelaskan penglihatan yang mengalami
rabun jauh biasanya menimbulkan sakit kepala. Kepala akan berasa sakit dan
penglihatan menjadi kurang jelas apabila membaca buku, menonton televisyen atau
memandang apa-apa sahaja tulisan. Seseorang yang mengalami situasi ini perlulah
berjumpa dengan doktor mata. Pemakaian kaca mata setelah melalui pemeriksaan
ketajaman penglihatan yang dikelolakan oleh ahli optometri biasanya dapat
mengatasi masalah yang dialami.
Selain
daripada faktor psikologi, migrain dan masalah penglihatan, sakit kepala juga
boleh disebabkan oleh alergi terhadap makanan, jangkitan (beguk, sakit telinga
seperti otitis media, sakit gigi, sakit tekak, batuk kokol, dan meningitis),
faktor lingkungan (bilik tanpa peredaran udara yang baik), cuaca matahari,
sawan, dadah, kecederaan di kepala ketumbuhan di kepala, dan tekanan darah
tinggi sekunder boleh menyebabkan sakit kepala.
Cc:
Baharudin Omar. 1997. Asas Penjagaan
Kesihatan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ubatsakit2011.blogspot.com
KASTRI YANTI BINTI AHMAD DIAH
BC13110052
