Tuesday, 31 May 2016

MAINAN BUDAK KAMPUNG 3

LUMBA BASIKAL

Untuk digelar Jaguh kampung
Jalan lurus menjadi saksi
Perlumbaan si pemiliki basikal sensasi
Yang menang akan dipuji

Mewarnai hari muda
Basikal teman sejati
Pembonceng kesana kesini

Beroda dua jasanya berbakti

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098


sumber : http://tamandagangjb.blogspot.my/2010_06_01_archive.html


PRESIDEN HIDUPKU!


Dikala sepi menyepit sejenak tubuhku,
kehadiran Mu menyuntik sayu dalam sanubariku,
disaat lidahku melafazkan kalimah suci,
titisan air mata menjangkau perasaan kasih,
menjadi ilusi bertarung imaginasi,
berdarah disudut kecil hatiku,
kita bertemu dalam tidur lenaku,
mendamaikan rasa mengungkap rindu seketika.
Menanti sinar menyinsing,
pelangi indah telah ku temui,
secangkir air dilimpahi doa dan rahmat,
menjadi cahaya menerangi kamar,
menjadi petunjuk perjalanan hidup Mu,
hidup di perantauan menyulitkan Ku,
untuk bersua dengan Mu,
mendampingi diri Mu,

Doa diutuskan sepanjang perjalanan,
kehidupan hakiki penuh sempurna,
semai cinta bersama kekasih abadi,
segalanya pasti syurga menanti,
ku pahat dalam memori kenangan,
akan ku kenang jasa pengorbanan,
hanya dikau presiden
empayar kerajaan hati

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

MAINAN BUDAK KAMPUNG PART 2


MANDI HUJAN

Tak cukup dengan paya
langit mendung pula dinanti
Menuggu limpahan hujan
Menanti percintaan Hindustan

Indahnya hidup di Felda
Penuh warna suka dan duka
Mencarik memori indah bersama

Merobek sepi sengsara

MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

Sumber:  https://fathu92.wordpress.com/author/fathu92/page/3/


KELEBIHAN BERSAHABAT DENGAN SOLAT

Solat lima waktu sehari semalam merupakan fardhu ain keatas muslim yang mukallaf dan barangsiapa yang meninggalkannya akan mendapat azab yang sangat hebat di akhirat nanti.Solat ada banyak kebaikannya , antara yang dapat dikesan ialah:

* Solat boleh menghapuskan dosa, mendapat pahala dan menaikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.

* Solat merupakan senaman (riaadah) yang Allah jadikan untuk hambanya.

* Solat akan memberi cahaya kepada wajah, hati, kubur dan hari kiamat nanti kepada tuannya.

* Solat merupakan makanan rohani.

* Kedudukan solat dalam agama seperti kepala dengan tubuh badan, bagaimana badan akan hidup tanpa kepala begitulah juga bagaimana agama seseorang itu nak hidup tanpa solat.

* Solat adalah sebagai pembersih jiwa seseorang.

* Solat adalah penyempurna kepada Islam atau agama seseorang.

* Solat boleh menambah keimanan dan keyakinan kepada Allah dan kebenaran Islam.

* Solat boleh mencegah tuannya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

* Solat boleh mengajar seseorang itu berdisiplin dalam hidup mereka.

* solat melatih seseorang itu mengamal kehidupan yang mementingkan kebersihan.

* Solat melatih seseorang itu menepati waktu.


MOHD SAFIEE BIN ELIAS
BC13110098

Monday, 30 May 2016

TIPS MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Pengalaman semasa menjalani latihan industri merupakan mengalaman yang paling penting sebagai persediaan untuk menuju ke alam pekerjaan. Dunia pekerjaan adalah berbeza dengan dunia dalam kampus, gunakan tips di bawah untuk membantu diri anda untuk mengambil seberapa banyak pengalaman yang boleh semasa menjalani latihan industri kelak.
·         Jelaskan apa yang anda harapkan daripada latihan industri ini. Dengan cara ini, anda dan majikan anda dapat mencapai kata persetujuan mengenai tugas serta tanggungjawab yang bersesuaian serta menepati kriteria anda sebagai pelatih.
·         Ambilah kesempatan untuk bertanya seberapa banyak soalan pada awal latihan. Ini adalah cara yang paling cepat untuk anda mengetahui carta aliran tugas yang berlaku dalam sesebuah badan organisasi atau syarikat.
·         Kerap berjumpa dengan penyelia anda untuk memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh kedua-dua pihak. Ini merupakan cara yang baik untuk mengetahui prestasi anda.
·         Tanggapan pertama atau impresi pertama adalah sangat penting. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengekalkan cara anda berpakaian, bercakap, menulis dan melakukan semua tugasan seperti seorang profesional. Sentiasa memulakan sesuatu dengan salaman, kekalkan ‘eye contact’, senyum, ramah dan yakin pada diri.
·         Jadilah seorang pemerhati yang baik dan sentiasa bertanyakan soalan mengenai tataterbit yang sepatutnya di tempat kerja. Ini adalah kerana organisasi yang berlainan mempunyai harapan yang berbeza terhadap pekerjanya dan adalah sangat penting untuk anda mengetahui seterusnya mengamalkan budaya korporat di tempat kerja. Ini termasuklah isu cara pemakaian yang sesuai, tatasusila ketika berhadapan dengan pelanggan, membuat panggilan peribadi dan memilih tempat parkir kereta yang sesuai.
·         Fokus kepada kemahiran berkomunikasi sama ada secara bertulis atau pun secara lisan. Baca berulang kali tugasan secara bertulis yang telah disiapkan untuk memastikan tiada kesalahan ejaan mahupun tanda baca. Apabila ingin berkomunikasi dengan rakan sekerja, gunakan bahasa yang sopan.
·         Datang ke tempat kerja mengikut waktu yang telah ditetapkan atau seperti yang diperlukan. Buatlah satu panggilan sekiranya anda sakit ataupun terpaksa datang lewat ke tempat kerja. Pilih hari untuk mengambil cuti; anda tidak seharusnya mengambil cuti pada hari-hari yang penting.
·         Wujudkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja. Bersikap ramah, sopan, bersedia untuk membantu dan peka. Adalah baik untuk bertegur sapa dengan rakan sekerja untuk mengenali mereka, namun elakkan mengumpat dan membuat aduan. Berikan kerjasama sepenuhnya. Terima segala tugasan yang diberikan tanpa sebarang rungutan, minta tugasan lebih sekiranya tugas yang diberikan itu telah diselesaikan. Sentiasa mendengar arahan dan meminta pencerahan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Belajar untuk bekerja dalam kumpulan, amalkan sikap saling menghormati pandangan daripada ahli-ahli yang lain. 
·         Apabila tamat latihan industri, pastikan anda meminta surat rekomen daripada penyelia anda. Sentiasa berhubung dengan penyelia anda agar anda boleh meminta bantuannya untuk dijadikan sebagai calon rujukan anda pada masa akan datang.
Semoga tips ini bermanfaat untuk rakan-rakan seperjuangan yang bakal menjalani latihan industri pada masa akan datang. Semoga berjaya!


JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

   

Sunday, 29 May 2016

RENCANA TENTANG CINTA

Gaya Cinta Wanita

Perasaan cinta memang tidak boleh lari daripada setiap makhluk yang berada di muka bumi ini. Semuanya memerlukan cinta tidak kiralah manusia, haiwan mahupun alam semulajadi. Bagi wanita, tanpa kehadiran cinta, hidup akan menjadi tidak bermakna, kosong dan tidak mempunyai arah tuju.

Apabila kita mulai membicarakan isu cinta, bermacam-macam ragam atau gaya seseorang wanita itu dapat dilihat. Ada yang boleh dijadikan teladan, ada juga yang boleh dijadikan iktibar. Oleh itu, sama-samalah kita melihat gaya cinta wanita yang boleh dilihat pada masa kini.     
            
Terdapat berbagai-bagai ragam atau gaya orang yang bercinta ini. Salah satu daripadanya ialah cinta yang hanya mengutamakan daya tarikan luaran atau fizikal iaitu cinta romantik. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai cinta pandang pertama. Gaya cinta jenis ini dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, dorongan seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta ini cuma ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya sahaja.
            
Cinta permainan pula boleh dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak berselindung. Wanita yang menggayakan cinta permainan ini tidak mahu menjalinkan hubungan yang serius kerana belum begitu yakin dengan kewibawaan lelaki tersebut. Motif lain pula adalah untuk membalas dendam kerana mempunyai sejarah silam yang berlaku dalam keluarga ataupun daripada pengalaman masa lalu.
            
Cinta kawan karib ialah perasaan cinta yang terhasil daripada hubungan yang erat dan mesra yang telah lama terjalin. Pasangan dalam kategori ini lebih menitikberatkan perkongsian aktiviti berbanding dengan emosi yang mendalam dalam hubungannya. Bagi wanita, lelaki pilihannya mungkin terdiri daripada rakan sejak di bangku sekolah ataupun rakan sepermainannya ketika zaman kanak-kanak dahulu.
            
Cinta “gila” ialah gaya cinta individu yang  menunjukkan rasa cinta mereka dengan cara yang keterlaluan. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang pasangan, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka yang memiliki cinta jenis ini juga akan mengawal dan mengongkong pasangan mereka dengan keterlaluan, selalu cemburu buta, sentiasa berasa bimbang dan takut kehilangan orang yang dicintai.  
            
Cinta logikal atau pragmatik ialah cinta yang lebih praktikal dan realistik. Perasaan cinta seperti ini hanya timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan tersebut benar-benar dirasakan layak untuknya. Kematangan dan pengalamanlah yang mendorong wanita untuk mencari cinta yang realistik, tidak terburu-buru dan tidak menurut nafsu. Cinta sebegini biasanya dapat diteruskan sehingga ke alam perkahwinan.
            
Cinta pengorbanan pula dimiliki oleh seorang yang berhati mulia dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintai serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka akan memberikan kasih sayang sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup mengetepikan kepentingan sendiri demi kebahagiaan pasangan.
            
Cinta yang tidak matang pula dikuasai oleh perasaan dan tidak berdasarkan rasional. Segala tindak-tanduk mauhupun keputusan yang dibuat adalah hasil daripada perasaan yang dialami pada ketika itu dan selalunya akan disusuli dengan penyesalan.
            
Akhir kata, perlu diingatkan bahawa cinta sepatutnya mendatangkan bahagia kepada kedua-dua belah pihak kerana cinta tidak boleh dipaksa. Adakalanya, tanpa kekasih adalah lebih baik daripada mempunyai kekasih sekiranya hubungan yang dibina itu hanya mendatangkan lebih banyak penderitaan daripada kebahagiaan.

JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217      

7 TIPS MEMULAKAN HIDUP BARU DALAM KAMPUS

Buat adik-adik yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke menara gading tetapi sukar untuk mengikir sikap yang pemalu, jangan risau, jangan khuatir. Dengan mengikuti tips-tips di bawah ini, adik pasti akan dapat melalui kehidupan kampus dengan tenang.

1.    Menghadirkan diri pada minggu pertama
Minggu orientasi merupakan satu peluang untuk berjumpa dengan orang-orang baru dan sebagai titik permulaan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Jangan akut untuk bercakap dengan orang lain semasa kelas, mereka mungkin gberasa gemuruh sama seperti anda.

2.    Sertai kelab ataupun persatuan
Kenal pasti apakah minat anda, mempunyai minat yang sama akan membuatkan sesebuah persabahatan lebih mudah terjalin.

3.    Libatkan diri dengan belajar dalam kumpulan
Bentuk kumpulan untuk sama-sama menuntut ilmu atau untuk membincangkan tugasan.

4.    Sertai sukan
Luaskan pergaulan anda dengan menyertai sukan popular seperti futsal, bola keranjang dan badminton. Anda juga boleh mencuba sesuatu yang baru seperti yoga, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

5.    Lupakan gajet anda buat sementara waktu
Berhenti bermain dengan telefon pintar atau iPad anda. Bersosial dan cuba bercampur dengan orang-orang di sekeliling anda dengan topik-topik yang menarik seperti kerenah seseorang pensyarah semasa menolak tugasan pelajar. Selain itu, anda juga boleh merancang percutian dengan rakan-rakan anda.

6.    Kerja part-time
Kebanyakkan kampus menawarkan pelajar untuk bekerja dalam perpustakaan atau dalam bahagian pentadbiran. Bekerja dalam kampus akan membuatkan anda berkenalan secara tidak langsung dengan pelajar. Anda juga boleh mencuba untuk mencari kerja part-time di sekitar kampus, dengan cara ini, peluang untuk berkenalan adalah lebih tinggi.

7.    Menghadiri aktiviti anjuran kampus
Keluarlah daripada kepompong anda dan bersedia mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kampus. Menjadi sebahagian daripada komiti untuk menganjurkan apa-apa pertandingan juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Akhir sekali, anda mungkin terkejut dengan pengalaman-pengalaman yang telah dipelajari  dan juga rakan-rakan baru yang anda temui!

Akhir sekali, semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi!


Sumber: https://eduadvisor.my/articles/7-tips-making-friends-in-college/ (Dilayari pada 23 Mei, 2016 pada 2.28am)  

JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

APA KATA MAJIKAN?

Pada setiap tahun, seramai lebih 200, 000 graduan akan dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi sama ada daripada institusi awam mahupun swasta. Fakta yang memeranjatkan adalah 1 daripada 4 graduan gagal mendapat tempat dalam sektor pekerjaan setelah bergraduasi lebih daripada 6 bulan dan majoritinya adalah pelajar yang memegang segulung ijazah. Graduan ini menyumbang sebanyak 35.3% terhadap kadar penggangguran di negara kita Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Jobstreet, 68% daripada lepasan graduan meminta bayaran gaji serta kelebihan yang tidak munasabah. Mereka turut menyatakan bahawa 30% daripada lepasan graduan mengharapkan gaji yang bermula dengan RM6,500.

Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan pengangguran berlaku di kalangan lepasan graduan mempunyai tiga sebab yang utama. Pertama, sebanyak 59% graduan memiliki karakter yang lemah, kedua, sebanyak 64% graduan lemah dalam penggunaan Bahasa Inggeris dan akhir sekali sebanyak 60% lepasan graduan lemah dalam kemahiran berkomunikasi.

Pihak majikan turut menyatakan bahawa lepasan graduan kurang menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat kerja, kurang kemahiran membuat beberapa tugas dalam satu masa, kurangnya kemahiran membuat keputusan dan kurang dalam kemahiran menyelesaikan masalah.

Sebagai bakal graduan, sama-samalah kita memperkasakan diri agar dapat menembusi pasaran kerja yang semakin sengit ini. “It depends on how you ‘sell’ yourself!”



JACINTA ZITA VALENTINE
BC13160217

Monday, 23 May 2016

Aplikasi Cinta Dalam Hidup Kita

Apa yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta bermakna perasaan sayang sama ada kepada Negara, ibu bapa, kawan-kawan, kebebasan dan lain-lain. Bukti cinta tidak semestinya melalui ungkapan saja, tetapi bukti cinta boleh dilihat melalui perbuatan. Cinta yang diungkapkan tanpa diiringi dengan perbuatan bukanlah cinta sejati. Cinta seharusnya menjadikan pemilik cintanya saling memelihara hubungannya dengan Tuhan dan manusia. Bahkan cinta juga seharusnya menjadikan pemilik cintanya saling menghargai apa yang ada disekililingnya seperti alam, tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Cinta juga seharusnya berperanan menjadikan setiap manusia itu bertakwa, berpekerti mulia, berkasih sayang, bahagia, bersyukur, dan hidup dalam keadaan aman dan juga damai.
  Cinta tidak seharusnya menjadikan perilakunya tidak bertamadun, tidak berakhlak, kemiskinan jiwa, ketandusan sikap berperikemanusiaan. Bahkan cinta juga seharusnya tidak menjadikan pemiliknya kehilangan akal waras sehingga sanggup mengorbankan kehormatan. Sebagai contoh cinta di antara lelaki dan perempuan yang bukan halal hubungannya. Oleh kerana terlalu cinta, takut berpisah dan sebagai bukti kasih sayang yang mendalam sanggup menuruti apa sahaja kemahuan pasangan. Walaupun sedar tindakan yang dilakukan itu adalah salah meskipun pasangan menjanjikan cinta akan diikat dan diakhiri dengan tali perkahwinan  yang sebenarnya adalah kata-kata kosong yang diselimuti dengan hawa nafsu sahaja dan pengakhirannya berakhir dengan kesedihan, kekecewaan dan yang paling malang sekali perbuatan itu akan mencemarkan kedua-dua nama baik keluarga yang juga akan memberi tekanan disebabkan perkara itu akan menjadi bualan dan buah mulut orang di sekeliling.
 Di sudut lain dalam sebuah kehidupan berkeluarga kerana cinta kepada anak-anak, ibu bapa terlalu sibuk mencari wang. Kerana mereka beranggapan cinta dengan anak-anak ialah apabila mereka mampu memberikan apa sahaja keinginan anak-anak mereka. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan keperluan kasih sayang, pemerhatian yang lebih, dan keprihatinan yang seharusnya semua anak-anak merasainya. Wang bukanlah segala- galanya. Sehingga akhirnya anak-anak ini mencari kebahagiaannya di luar daripada rumah malah ada anak-anak yang mengaku lebih bahagia di luar kerana ada insan yang memahami mereka, boleh meluangkan masa dengan mereka, mendengar dan berkongsi masalah, sehingga faktor dengan siapa mereka berkawan itu bukan satu kriteria utama yang perlu difikirkan asalkan kebahagiaan dan keperluan hati itu dapat dipenuhi. Kerana mereka  anak-anak yang seharusnya mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada seorang ibu bapa, maka terjadilah perkara yang tidak diingini. Seperti kawin lari, melahirkan anak luar nikah, dan sebagainya. Ibu bapa pula saling menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing mahu mempertahankan diri, tidak beralah, yang akhirnya menyebabkan kedua-dua pasangan ini bertengkar, bergaduh sehinggalah goyah tiang rumahnya, hilang kebahagiaannya, dan  jatuh berciciran kedamaiannya. 
 Dalam perhubungan sesama kawan pula, sekiranya kita cinta kepada kawan kita. Kita seharusnya tidak membiarkan dia melakukan apa saja yang tidak baik untuk dirinya. Jangan pula kerana sayang dan cinta kepada hubungan persahabatan, kita sanggup menutup mata, memekakkan telinga  dan mengiyakan apa sahaja perbuatan dan tindakan kawan kita. Jangan juga kerana cinta dengan kawan, kita mengawal kebebasan kawan, sehingga dia tidak dapat memutuskan kehendak dan kemahuannya. Dalam erti kata yang dekat, bersederhana dalam perhubungan, tidak melebih-lebih. Buktikanlah cinta kita kepada kawan dengan menjadi seorang pendengar yang setia. Memberi bantuan kala dia memerlukan. Menasihatinya dengan penuh hikmah, bukan berniat untuk memalukannya. Jangan meninggikan suara ke atas kawan, ketika kita berada di khalayak  kawan-kawan yang lain, dan yang paling penting seorang kawan seharusnya mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan kawannya meski dia tidak mengetahuinya.  
 Apabila kita mencintai, pastilah kita akan menzahirkannya. Setiap orang ada caranya dalam menzahirkan rasa cinta. Namun harus kita fikir dan utamakan, sebelum kita memberi  cinta kepada orang lain, atau mencintai orang lain, siapa yang sebenarnya yang layak diberi cinta atau dicintai terlebih dahulu? Adakah ibu bapa atau kawan-kawan? Atau mungkin kekasih kita? Semua itu harus difikirkan. Ia penting kerana ia akan mempengaruhi cara perhubungan kita, walau dengan siapa  pun cinta itu akan kita berikan. Cinta yang paling utama, sebelum kita mencintai ibu bapa kita, kawan atau kekasih kita, adalah cinta kepada Allah. Kita harus mengingati kembali, apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini? Kalau bukan hidup sebagai hamba tuhan yang bertuhan dan mengabdikan diri kepada tuhan dengan mengerjakan segala perintah, mengakui keesaanNya dan meninggalkan segala larangannya. Apabila kita cuba menjauhkan diri dengan apa yang Allah larang, kita cuba mengamalkan segala apa yang diperintahkan Tuhan, dengan penuh tawaduk, iman, dan ikhlas. Kita pasti menjadi seorang hamba yang kaya sahsiahnya, terpuji akhlaknya dan tinggi nilai kehormatannya. Kerana Allah sendiri sudah berfirman, hambanya yang mengerjakan perintahnya (solat), akan terpelihara dirinya daripada mengerjakan perbuatan yang mungkar. Hidupnya juga akan diberkati dan dirahmati. Apabila perbuatannya yang tunduk kepada Tuhan, dia pasti akan menzahirkan cintanya dengan penuh kehormatan dan terpuji walau dengan siapa pun penerima cintanya. Yang pasti penzahiran cinta yang disulami dengan peribadi mulia, pasti akan membahagiakan setiap entiti tidak kira sama ada sesama manusia, alam, hidupan bahkan tumbuhan sekalipun.
 Apabila cinta kepada Allah sudah tersimpul utuh di hati, pasti kita akan menjadi seorang insan yang cinta kepada diri kita. Apa yang di maksudkan dengan cinta kepada diri kita? Cinta kepada diri kita itu hanya mampu dikesan apabila kita menghargai apa yang Allah berikan kepada kita, ia merangkumi soal fizikal kita, sama ada cacat, atau sempurna,akal dan fikiran, kecantikan, kesihatan, rezeki, jodoh bahkan kita juga akan menghargai kemampuan diri kita. Kita tidak akan dengki dengan apa yang tidak ada dengan kita, kita tidak akan menyalahkan Tuhan atas setiap yang ditakdirkannya kepada kita, kita tidak akan kecewa dan sedih yang melampau apabila kita diuji. Dalam erti kata yang luas, kita mensyukuri setiap pemberian Tuhan kepada kita, yang mana kita yakin, setiap yang diberikan ke atas kita itu, adalah yang terbaik buat kehidupan kita.  Semua ini tanda-tanda kita cinta kepada diri kita. Apabila kita mampu mencintai diri kita, barulah kita layak untuk mencintai insan-insan lain termasuklah ibu bapa kita, kawan-kawan kita, kekasih kita, bahkan kepada sesama insan iaitu jiran kita.  Tidak setakat itu sahaja, pemberian cinta itu pasti menular kepada alam, hidupan dan juga tumbuh-tumbuhan. 
 Setelah kita mampu mencintai diri kita sendiri, barulah kita dapat mencintai ibu bapa kita. Mencintai ibu bapa kita tidak cukup dengan sekadar ungkapan “saya sayang ibu dan ayah”. Tidak cukup hanya dengan memberi wang, kemudian menghantarnya ke pusat warga tua dengan alasan di tempat itu ibu bapa kita akan lebih mendapat penjagaan, mempunyai rakan-rakan dan pelbagai alasan lain sebagai jalan untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Sebenarnya jasa ibu bapa kita memang tidak mampu untuk dibalas dan dibayar walau kita hidup seribu tahun sekalipun untuk berbakti kepada dirinya. Jasanya juga tidak mampu dinilai dengan wang ringgit yang bergunung- ganang. Namun apa yang mampu kita lakukan sebagai seorang anak, ialah dengan berbakti kepada ibu bapa kita, menjaga dirinya dengan sebaiknya, menjaga makan minumnya, rehat dan tidurnya agar teratur dan terjaga, menjaga hatinya jangan sampai terluka dan terguris. Apa yang paling utama maksud cinta yang sebenarnya ke atas ibu bapa  ialah kita sebagai seorang anak sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan kebaikannya, memohon keampunan dan keselamatan ke atas dirinya, dari dunia hinggalah ke akhirat. Cinta kita kepada ibu bapa kita, tidak seharusnya hanya ketika mereka masih hidup, dan berakhir apabila mereka telah tiada di dunia ini. Sebaiknya walau jasad mereka sudah dikandung tanah dan dimamah ulat, cinta kita terus mekar ke atas diri mereka. Bukan dengan cara meratapi setiap saat kematian mereka, tetapi cukuplah sekadar kita menzahirkannya dengan untaian doa dan perilaku yang mulia di atas muka bumi ini. Mudah-mudahan mereka mendapat pahala serta diberkati di dunia dan akhirat.
Seperti yang saya katakan di awal ayat tadi, apabila kita mencintai Allah terlebih dahulu cinta kita bukan saja terhad kepada manusia, bahkan ia juga akan menular kepada alam, hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Kita akan mencintai alam sekitar kita dengan memelihara kawasan sekitar, supaya ia sentiasa dalam keadaan bersih, dan terjaga. Rasa ketakwaan kita kepada Pencipta akan menyebabkan kita takut untuk merosakkan bumi seperti membuang sampah merata-rata tempat, menebang pokok sesuka hati, membuang toksid ke dasar lautan sehingga menjejaskan ekosistem laut, tidak akan mengurung binatang seperti burung ke dalam sangkar, tidak menendang kucing, tidak membiarkan haiwan kelaparan dan tidak jijik ke atas haiwan seperti anjing dan babi. Bahkan cinta akan menyebabkan kita menyayangi alam sekitar kita, tumbuh-tumbuhan disirami dan dibaja, haiwan-haiwan pula dibelai dan disayangi, seperti makhluk bernyawa yang lain.
 Kesimpulannya cinta yang sebaiknya ialah cinta yang mampu menjadikan pelakunya berpekerti mulia, menjadikan setiap entitinya hidup dalam keadaan bersatu, aman damai dan juga bahagia. Keadaan ini akan melahirkan satu kelompok masyarakat yang harmoni. Masyarakat yang harmoni akan memberi banyak manfaat  kepada sosial, politik dan ekonomi sesebuah Negara itu. Dari segi sosial, akan lahir masyarakat yang sihat akal fikirannya, menjauhi dadah, kadar bilangan jenayah yang rendah dan sebagainya. Apabila lahir acuan masyarakat sebegini, keadaan politik juga pasti sihat, bebas dari kekotoran rasuah, cemuhan rakyat dan rusuhan, akhirnya pendapatan ekonomi Negara pasti meningkat dan merangsang apabila banyak pelancong asing datang ke Negara kita. Keamanan mengukuhkan lagi keyakinan dan kepercayaan mereka untuk melabur saham ke Negara kita. Secara tidak langsung Negara kita juga  mampu melonjakkan lagi kedudukannya di tempat yang lebih tinggi dalam senarai Negara yang aman dan bahagia di dunia.

Faridah Bt Mohammad
BC13160221




Sunday, 22 May 2016

Seloka Alam

Duhai manusia sahabat seasal
Tercipta bersama berpisah tiada
Ku dendangkan stanza-stanza puisi
Sebagai renungan untuk kau kenangkan
Sementara kau aku punya kesempatan
Kau tidak bisa merasai hadirku
Jika hati mu tidur membuta
Kau tidak bisa melihat indahku
Jika hati mu malap cintanya
Kau tidak bisa mendengar siulan ceria ku
Jika kalungan hasad menghiasi mahkota hatimu
Masakan bisa kau merasa damai tenangku
Jika hati mu lolos dalam wajah diri mu
Masakan bisa kau cium nyamanku
Jika surat mu terkoyak janji
Gila dalam lagu ilusi mu
Aku hanya terlihat sahabat
Saat kau merasa

Musuh mu bayangan ciptaan dirimu

Faridah Mohammad
BC13160221

Keterasingan

Suara hati menari damai
Bergema suara damai cinta
Mencuri sinar keterasingan diri
Samar dalam kilau cahaya

Indahnya sebuah sepi keterasingan
Nyanyian alam ubat ketenteraman
Merawat keterasingan jiwa insani
Menyimbah air kerinduan cinta

Hanyut dalam lukisan cinta
Lemas dalam sayang pesona
Tersemat abadi dalam hijau cintanya
Bersemadi  rahsia buat penunggu cinta...

Faridah Mohammad
BC13160221

Tanggis Si Pendosa

Malam gelita menjadi saksi kegelisahanku
Gelisah yang bersarang membuahkan pohon
kerisauanku
Risau yang meraja lela menekan hati meracun
diriku
menghimpit sekeping hati bernoda dosa-dosa ku.

Tuhan,
Aku hambamu yang selalu alpa,
Leka angkuh dengan semua pemberianMu,
Tanpa malu pada Engkau yang empunya,
Tuhan yang berkuasa di atas hidup matiku.

Tuhan.
Tiada hari-hari dalam hidupku
tanpa aku mengingati-Mu,
Tiada hari-hari dalam helah nafasku
tanpa aku menyebut nama-Mu,
Tiada hari-hari di hujung usiaku
tanpa aku menginsafi kekhilafanku.

Getar suara memecah keheningan malam,
Bersimpul harapan lafaz tasbih mententeramkan,
Mensucikan jiwa menerangkan hati yang kelam,
Menyuburkan benih mahmudah melentur pakaian
iman tuntutan Tuhan.

Tuhan,
Ku rembeskan air mata penyesalan,
Menyesali kezaliman diri yang merugikan
Merafaqkan tawaduk kecintaan,
Demi mu Tuhan ku tempat pengembalian.

Faridah Mohammad
BC13160221

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN


Extra virgin olive oil (EVOO) atau minyak zaitun murni adalah minyak yang didapatkan dengan pemerasan secara langsung buah zaitun baik menggunakan alat maupun tidak, dibawah suhu yang sesuai (cold pressing method) agar tidak merubah atau mempengaruhi komposisi asli minyak zaitun. Dalam hal ini, minyak zaitun yang dihasilkan oleh ekstraksi pelarut atau proses re-esterifikasi, dan dicampur dengan minyak nabati lainnya tidak termasuk kategori EVOO (IOC, 2013).

1.    Minyak Zaitun dan Kolesterol
Pelbagai kajian sudah menegaskan bahawa minyak zaitun dapat menurunkan aras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, tanpa menimbulkan kesan negatif terhadap kolesterol yang bermanfaat.

2.    Minyak Zaitun dan Tahap Kematian Purata
    Sebuah kajian yang ditulis di majalah Lanost edisi 20 Disember 1999, menyatakan bahawa Negara Eropah yang paling miskin, iaitu Albaniah yang majoriti penduduknya Muslim justeru memiliki keistimewaan kerana dapat menganggur angka kematian purata, iaitu 41 orang lelaki daripada setiap 100.000 nyawa. Hal ini sama dengan separuh aras kematian di Inggeris. Rahsianya kerana mereka biasa menggunakan minyak zaitun di dalam setiap makanan mereka.

3.    Minyak Zaitun dan Kanser
Para pakar yang melakukan kajian terhadap sebab penurunan tingkat kematian kerana penyakit kanser di wilayah laut putih tengah, menyimpulkan  kepada kebiasaan penduduk di wilayah tengah itu yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan baku minyak sapu, di samping kebiasaan mereka yang memakan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan jamu.

4.    Minyak Zaitun dan Kulit
Majalah Dermatdog Times edisi bulan Ogos 2000, memuatkan hasil kajian yang menyatakan bahawa minyak zaitun yang disapukan di bahagian-bahagian tertentu daripada badan setelah berenang dan berjemur di bawah matahari , dapat melindungi diri daripada serangan kanser kulit dan melanoma.

5.    Minyak Zaitun dan Inveksi Perut
Dr. Smutt dari Harvard University of America menghasilkan sebuah majalah dalam kongres perkumpulan penyakit pencernaan di Amerika, yang diselenggara pada bulan Oktober 2000. Dalam majalah tersebut Dr. Smutt menegaskan bahawa khasiat yang terkandung di dalam minyak zaitun ini sangat berkesan untuk melindungi diri daripada serangan kanser perut dan juga dapat menghalang terjadinya jangkitan perut.

6.    Minyak Zaitun dan Kutu Kepala
Beberapa kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Amerika terhadap kutu kepala, menyatakan bahawa penggunaan minyak zaitun yang disapukan di kepala orang yang mempunyai kutu kepala, dapat membunuh kutu-kutu itu hanya di dalam tempoh beberapa jam sahaja.

7.    Minyak Zaitun dan Radang Sendi
Majalah Amj Nutrl edisi November 1999 memuatkan hasil kajian terhadap 145 pesakit yang terkena sakit sendi di wilayah selatan Yunani. mereka dibandingkan dengan 108 orang Muslim yang biasa memakan minyak zaitun. Ternyata mereka lebih selamat daripada serangan penyakit ini.

Sumber: 
Mustafa Al-Adawi, 2013, Makanan Sunnah Nabi. Selangor: Jusmin Publication.

www. kompas69.com


KASTRI YANTI BINTI AHMAD DIAH
BC13110052
APA ITU NARSISISME?

Narsisisme merupakan gangguan personaliti ‘Kagum diri’ (Narcissistic Personality Disorder) adalah sejenis personaliti yang suka kehebatan, ingin dipuja dan kurang empati. Individu Narcissistic ini selalunya berkait dengan individu yang ingin menjadi tumpuan utama.

Pengguna facebook tegar lebih berkecenderungan mengalami gangguan personaliti ‘Kagum Diri’. Mereka yang memperolehi skor narsisisme yang tinggi lebih kerap mengemaskini status status, berkongsi gambar diri sendiri dan membuat status atau ayat yang bertujuan menaikkan diri sendiri.

Tanda-tanda Narsisisme:
1.    Memiliki perasaan diri sangat penting dan hebat.
2.    Sukar mendengar daripada pihak yang difikirkan akan menjatuhkannya.
3.    Menuntut untuk dipuja melampau-lampau.
4.    Sukar menerima kritikan dan kurang rasa empati.
5.    Iri hati dengan orang lain atau percaya bahawa orang lain iri hati pada dirinya.
6.    Mudah marah terutamanya apabila dikritik atau disuruh.   


Sumber: Majalah Sinergi edisi 12.


KASTRI YANTI BINTI AHMAD DIAH 
BC13110052
KEAJAIBAN AIR

Manusia dapat bertahan hidup sehingga beberapa jam tanpa makanan tetapi manusia tidak dapat bertahan hidup hingga satu minggu tanpa meminum air. Hal ini kerana air merupakan unsur yang sangat penting dan amat diperlukan dalam tubuh badan seseorang manusia. Air tidak memiliki warna, bau dan rasa tetapi air mengandungi rahsia kehidupan.

       Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi ini yang boleh menjadi tiga keadaan iaitu pepejal, cecair, dan gas. Air juga memiliki spesifikasi fizikal yang dianggap sebagai keadaan pengecualian daripada banyak bahan.

          Air termasuk dalam golongan jenis makhluk yang pertama. Oleh hal yang demikian tidak menghairankan jika ia memiliki spesifikasi yang tidak dapat disaingi oleh unsur-unsur lain daripada pelbagai unsur alam.

   Kemampuan air untuk mengalir menyebabkan ia mampu menyempurnakan proses pencernaan makanan, memperbaharui darah dan membebaskan daripada bahan buangan atau lebihan di dalam tubuh makhluk organik dan inorganik. Air bertanggungjawab terhadap aliran darah yang paling kecil sekalipun di seluruh tubuh.


Sumber: Mustafa Al-Adawi, 2013, Makanan Sunnah Nabi. Selangor: Jusmin Publication.

KASTRI YANTI BINTI AHMAD DIAH
BC13110052
KELEBIHAN BERPUASA TERHADAP TUBUH MANUSIA
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari berserta niat.


1.    PEMBAHARUAN SEL-SEL TUBUH
    Zat asid amino membentuk komposisi organik di dalam sel. Ketika berpuasa, keasmaan yang berasal daripada makanan akan berkumpul dengan keasmaan yang dihasilkan daripada proses penghancuran. Apabila berpuasa, pembentukan sel akan kembali setelah ada penghancuran dan prosesnya, kemudian disebarkan mengikut keperluan sel-sel tubuh. Oleh yang demikian, komposisi baru sel-sel tubuh akan ada masa untuk terhasil untuk memperbaiki dan mengangkat keberkesanan kerjanya. Hal ini akan menyebabkan kesihatan tubuh manusia semakin baik (Dr. Abdul-Jawad Ash-Shawy).
  
               Puasa merupakan salah satu sistem pencernaan yang paling ideal di dalam memper-baiki tahap hati berfungsi, yang ditambah dengan asid lemak dan amino organik selama tempoh waktu di antara berbuka puasa dan sahur, sehingga kemudian membentuk inti protein, cairan fosfat, colesterol, dan sebagainya untuk pembentukan sel-sel baru.  
       
               Pembersihan sel hati daripada lemak yang berkumpul di dalamnya setelah makan, juga dapat terjadi pada siang hari sewaktu berpuasa. Oleh itu, hati tidak akan diserang ‘cirrhosis liver’ (gangguan pada jaringan hati).  

             Dengan ini dapat disimpulkan bahawa puasa ala Islam mempunyai peranan yang sangat positif dan benar di dalam menjaga semangat dan fungsi sel-sel hati. Oleh itu, dapat mempengaruhi sel-sel hati dan juga setiap sel-sel tubuh. Hal ini tidak akan terjadi pada puasa yang dianjurkan oleh ilmu kedoktoran, apalagi cara makan yang tidak terkawal dengan memakan makanan yang kaya dengan lemak.

2.    MEMBERSIHKAN TUBUH DARIPADA PELBAGAI JENIS RACUN
Ketika berpuasa, terlalu banyak lemak yang bertimbun di dalam tubuh akan beralih ke hati, hingga lemak itu dapat dimanfaatkan. Hal itu akan menyebabkan racun yang sudah melebur di dalamnya keluar dan hilang sama sekali daripada tubuh. Ketika berpuasa juga, aktiviti sel-sel ini berada pada puncak optimum tugasnya sehingga ia membunuh bakteria setelah ia diserang oleh tubuh yang memiliki fungsi sebaliknya.

       Hal ini menyebabkan puasa dianggap sebagai sijil di dalam bidang kesihatan bagi organ-organ tubuh, sehingga ia dinyatakan sihat. Dr. Mark Fadon, seorang doktor yang sangat prihatin terhadap kajian puasa dan pengaruhnya menyatakan bahawa “setiap manusia perlu berpuasa, meskipun dia tidak sihat kerana racun-racun makanan dan ubat berhimpun di dalam tubuh, sehingga membuatnya jatuh sakit atau membuat tubuhnya terasa berat akhirnya melemahkan semangatnya. Jika manusia berpuasa, maka kandungan racun ini menjadi berkurang dan bahkan hilang, sehingga dia berasa ringan dan bersemangat.”

Sumber: Mustafa Al-Adawi, 2013, Makanan Sunnah Nabi. Selangor: Jusmin Publication.

             www.anneahira.com

KASTRI YANTI BINTI AHMAD DIAH
BC13110052