Wednesday, 1 June 2016

Rencana Pemantapan Universiti Malaysia Sabah


 PEMANTAPAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Universiti Malaysia Sabah ini dapat umpama sebuah pokok yang baru ingin membesar dan ingin mengepakkan sayapnya keseluruh dunia, manakala pelajar-pelajarnya dapat di ibaratkan sebagai dahan pokok. Kekuatan dahan terletak pada pokoknya.  Apabila dahan-dahannya mendapat keperluan yang cukup sudah tentu dahannya akan membesar dan menjadi kuat, begitu juga dengan para pelajar. Sebuah universiti yang cemerlang dari segi tenaga pengajar, pengurusan, pentadbiran  dan lain-lain akan melahirkan para pelajar yang cemerlang, cekap dan  mempunyai mental yang kuat. Sejak Universiti Malaysia Sabah ditubuh sehingga sekarang, walaupun telah lama masa berlalu tetapi universiti ini masih berada di dalam tahap perkembangan. Walaupun begitu universiti ini telah melahirkan para pelajar yang berkemampuan tapi dalam yang  skala sedikit sahaja, disebabkan inilah pihak universiti perlu mengambil iktiar untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berkemampuan pada masa hadapan  untuk memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan diluar
     Untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang pada masa akan datang pihak universiti boleh melakukan penambahbaikan dari segi pendidikan.   Dari segi pendidikan pihak universiti boleh memperbanyakkan lagi bahan – bahan rujukan seperti buku-buku,majalah dan ekslopedia untuk memudahkan para pelajar membuat tugasan-tugasan mereka.  Bahan-bahan ini boleh diambil daripada negara-negara luar yang maju dari segi pendidikannya dan terjemahkannya didalam bahasa kebangsaan.  Hal ini kerana, dengan bahan rujukan daripada luar negara  yang diambil dengan banyak dan bahan itu sudah terjamin kualitinya  akan menjadikan para pelajar kaya dengan pelbagai ilmu dan tugasan-tugasan mereka akan mempunyai kualiti yang tinggi.  Selain daripada memperbanyakkan bahan rujukan, universiti juga boleh mengambil tenaga pengajar daripada luar negara.  Dengan pengambilan tenaga pengajar daripada luar ini akan memberikan satu kelainan kepada para pelajar dari segi teknik pembelajar dan pengajaran.  Hal ini juga akan membuka minda para pelajar untuk mengambil dan mengadaptasi terhadap keadaan ini supaya memberikan kebaikan kepada mereka.  Dengan tenaga pengajar ini juga akan membuat mahasiswa dan mahasiswi menjadi lebih berminat dan dapat menyerap segala ilmu yang diberikan dengan cepat dan baik.  Selain daripada itu, untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek, pihak  universiti dapat melakukan Program Pertukaran Pelajar dengan lebih kerap.  Program seperti ini dapat dilakukan dengan univesiti lain sama ada dalam atau luar negara.  Hal ini kerana, para pelajar  sendiri akan dapat merasai bagaimana pembelajar dilakukan di tempat-tempat lain dan apabila mereka sudah mahir dengan situasi itu, mereka akan mengamalkan cara itu di universiti mereka sendiri dan hal ini akan memberi manfaat kepada pelajar lain.
     Universiti yang bagus perlulah mempunyai segala kemudahan untuk para pelajar dan kemudahan-kemudahan ini perlulah sentiasa di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pelajar yang cemerlang perlu seimbang dari segi akademik dan kokurikulumnya oleh itu, kemudahan sukan perlulah disediakan untuk pelajar.  Hal ini kerana dengan bersukan para pelajar akan mempunyai tubuh yang sihat dan ini menjadikan mereka bertenaga dan bersemangat untuk menjalani aktiviti harian.  Kemudahah sukan seperti stadium untuk para pelajar melakukan segala aktiviti sukan seperti bermain bola, olahraga dan lain-lain perlu dinaiktaraf supaya sesuai dengan arus perkembangan dan untuk menyesuaikan pelajar supaya, apabila bertanding ditempat yang lain mereka tidak akan berasa janggal.  Selain kemudahan sukan, kemudah kolej kediaman perlu disediakan untuk para pelajar.  Tempat kediaman para pelajar ini perlulah sentiasa bersih dan bebas daripada ancaman hal ini kerana dengan persekitaran yang bersih  dan mereka akan dapat melakukan ulang kaji atau membaca dengan lebih baik dan lebih fokus. Jika persekitaran kediaman mereka kotor hal ini sudah tentu akan menjejaskan prestasi mereka. Keselamatan pelajar juga perlulah sentiasa terjamin semasa menetap di sini.  Oleh itu bangunan ini perlu diselenggara setiap beberapa bulan untuk mencegah sebarang kemungkinan yang akan menimpa para pelajar seperti kebakaran akibat pendawaian elektrik dan lain-lain.  Kemudahan lain yang perlu dititikberatkan oleh pihak universiti adalah kemudahan pengangkutan. Semua sudah maklum bahawa kolej kediaman dengan tempat pembelajaran adalah jauh oleh itu pihak universiti perlu menyediakan pengangkutan seperti bas kepada para pelajar dengan lebih banyak.  Hal ini kerana pada masa-masa tertentu jumlah bas yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai yang ingin menaiki bas.  Dengan pengangkutan bas ini juga para pelajar tidak perlu untuk berjalan kaki ke tempat pembelajar yang jaraknya jauh.  Hal ini kerana para pelajar tidak akan keletihan akibat berjalan kaki apabila sampai di bilik kuliah dan perkara ini akan membuatkan para pelajar tetap fokus untuk menghadapi kuliah yang akan diadakan.
     Universiti yang cemerlang akan mengambil berat tentang aspek keselamatan terhadap para pelajarnya. Kawasan universiti yang selamat untuk para pelajar akan menyebabkan mereka rasa yakin untuk keluar dan melakukan aktiviti mereka sendiri.  Perkara ini seperti ragut, rompak dan samseng jalanan dapat dielakan dan dicegah dengan pegawai keselamatan universiti melakukan rondaan dengan lebih kerap di dalam kawasan universiti.  Perkara-perkara ini berkemungkinan berlaku kepada pelajar yang berjalan kaki oleh itu pegawai keselamatan perlu meronda pada waktu-waktu pelajar tamat kelas terutama pada waktu malam.   Selain itu keselamatan pelajar yang menggunakan kenderaan sendiri juga perlu dititikberatkan dan merancang satu perancangan untuk mengelakkan mereka daripada terlibat dalam kemalangan semasa berada dalam kampus. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah kemalangan dengan kenderaan.   Oleh itu pihak universiti boleh mencegah kemalangan ini berlaku dengan lebih kerap dengan menetapkan para pelajar yang mempunyai lesen motor yang sah disisi undang-undang sahaja dibenarkan membawa motor.  Hal ini kerana pelajar yang mempunyai lesen motor sudah mengetahuai tentang peraturan-peraturan semasa berada di atas jalan raya.  Bagi para pelajar  antaranbangsa pula pihak universiti boleh menetapkan syarat iaitu mereka perlu menjalani kursus memandu terlebih dahulu dan lulus dalam segala peperiksaan undang-undang jalan raya jika mereka ingin menggunakan kenderaan sendiri.  Hal ini kerana, kebanyakan para pelajar antarabangsa tidak mengetahui undang-undang jalan raya di negara kita dan peraaturan di negara mereka berbeza dengan negara kita, oleh itu mereka lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.  Dengan kursus yang mereka hadiri mereka akan mengetahui dengan lebih tepat tentang undang-undang kita dan dapat mengelakkan kemalangan daripada terjadi.  Selain itu, untuk mencegah kemalangan pihak universiti boleh mengarah para pegawai keselamatan jalan raya mengawal lalu lintas ditempat-tempat yang berkemungkinan berlakunya kemalangan.  Hal ini kerana para pelajar yang tamat kuliahnya akan menghadapi bahaya kerana jumlah pelajar lebih ramai dan kesesakan mungkin berlaku.  Oleh itu, mereka boleh mengawal lalu lintas untuk mengelakkan kesesakan jalan dan memastikan para pelajar yang melintas jalan selamat terutama pada waktu-waktu kemuncak.  Hal ini kerana pada waktu ini kenderaan-kenderaan semakin banyak.
     Universiti yang cemerlang perlu mempunyai pentadbiran dan pengurusan yang baik. Hal ini kerana pentadbiran dan pengurusan yang baik akan memudahkan para pelajar untuk berurusan. Oleh itu pihak universiti perlulah mempunyai pengurusan dan pentadbiran telus dan tidak mempunyai sifat-sifat negatif yang akan menjadi ikutan para pelajar kelak.  Untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran, pihak universiti boleh mengurangkan tahap atau peringkat untuk setiap urusan.   Dengan ini para pelajar tidak perlu untuk menjalani proses yang sama berkali-kali kerana urusan mereka dapat diselesaikan dalam satu peringkat sahaja.  Selain itu, universiti juga boleh menjadikan pengurusan dan pentadbiran dengan lebih cekap dan teratur, dengan mengambil pekerja yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.  Hal ini kerana mengupah pekerja yang sudah mempunyai pengalaman, mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu supaya perkara yang penting dapat diselesaikan dengan segera.   Mereka juga sudah pandai untuk mengatur tentang hal pentadbiran dan pengurusan untuk menjadi lebih tersusun.  Dengan pengambilan pekerja yang berpengalaman juga dapat menjadikan pentadbiran dan pengurusan lebih baik kerana mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan  cepat kerana mereka mungkin pernah mengalami masalah itu dan merancang beberapa rancangan untuk menghadapinya.

    Kesimpulannya, universiti yang cemerlang dari pelbagai segi akan melahirkan para pelajar yang mantap dari segi akademik , fizikal dan mental sama ada dalam masa 20 tahun   atau 30 tahun akan datang.  Hal ini sesuailah dengan sepohon pokok yang melambang para pelajarnya dan universitinya.  Oleh itu pihak universiti perlulah memantapkan lagi asasnya untuk membantu para pelajar  untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada negara seterusnya mengharumkan Universiti Malaysia Sabah.  Pihak yang berwajib perlulah mengambil langkah ini dengan segera agar universiti ini lebih dipandang tinggi dan terkenal di seluruh pelusok dunia serta dapat menarik lagi masyrakat diluar sana untuk menyambung pelajaran mereka di universiti ini

Muhamad Hafiz bin Hamad
bc13110103

No comments:

Post a Comment