KERANA KAU
Dalam menjalani kehidupan walaupun dalam keadaan susah dan senang,
seorang manusia tidak dapat lari daripada perasaan cinta kepada seseorang. Hal
ini kerana telah ditentukan sejak kita lahir lagi olehNya dan perasaan cinta
ini akan berputik apabila kita berjumpa dengan seseorang yang telah ditakdirkan
menjadi pasangan kita. Tetapi kita perlu berusaha mencarinya supaya, seseorang
yang kita mahukan menjadi pasangan kita sesuai dengan kehendak dan jiwa.
Perasaan cinta memberikan kita kebaikan dan keburukan.
Cinta dalam diri
sseseorang individu dapat membuatkannya mengubah kelakuannya menjadi dan lemah
lembut. Hal ini berlaku kerana, perasaan cinta itu sendiri mendorong seseorang
individu untuk mengubah kelakuannya dihadapan orang yang dicintainya. Seseorang
yang dilamun cinta akan bercakap dengan nada suara yang lembut dan sopan semasa
bercakap dengan kekasih. Lama kelamaan, disebabkan ianya sering bercakap
sebegitu dengan kekasihnya maka dia secara langsung akan terus bercakap dengan
sopan dengan orang sekelilingnya.
Seterusnya, perasaan
cintakan seseorang juga akan membuatkan seseorang individu menjadi lebih
bersemangat untuk berjaya dalam setiap perbuatannya. Semangat untuk berjaya
hadir dalam diri seseorang kerana dia ingin membuatkan orang yang menyintainya
berasa bangga dan dapat bergantung hidup kepadanya. Dengan ini, dia akan
melakukan setiap perkara seperti pelajaran atau pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh sehinggalah dia berjaya mencapai matlamat yang dia tetapkan.
Selain itu, perasaan cinta kepada
seseorang juga akan menyebabkan interaksi individu itu dengan orang lain
semakin berkurang. Hal ini kerana, dia selalu menghabiskan masa untuk
kekasihnya sama ada melaluai telepon atau rangkain sosial. Oleh itu, kekurangan
berinteraksi dengan orang lain akan memyebabkan dia kekurangan cara yang betul
untuk berkomunikasi dengan masyrakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat
umur, bangsa dan agama.
Perasaan cinta juga akan menyebabkan
seseorang itu mudah terpengaruh dengan pujuk rayu kekasihnya. Hal ini kerana,
individu itu tidak akan menyedari bahawa mereka melakukan sesuatu yang tidak
baik kerana kewarasan fikiran mereka telah dikawal dengan perasaan cinta yang
kuat. Hal ini kebanyakan berlaku kepada kaum wanita. Walaupun mereka baharu
berkenalan antara satu sama lain dengan menggunakan laman sosial seperti
facebook,twitter,email dan lain-lain, yang mempunyai ahli di seluruh dunia.
Mereka sanggup pergi untuk berjumpa dengan kekasihnya walaupun diluar negara
sekali pun. Walhal mereka tertipu dengan pujuk rayu kaum lelaki.
Akhirulkalam, jelaslah bahawa perasaan
cinta yang hadir dalam diri manusia memberikan pelbagai kesan, samaada kesan
yang positif atau kesan yang negatif. Yang pasti terpulang kepada individu itu
sendiri untuk membuat keputusan yang terbaik bagi mereka sendiri. Hal ini
kerana, individu itu sesendiri sudah dapat membezakan yang baik dan buruk.
Tetapi perlu diingati bahawa isteri yang baik adalah untuk suami yang baik.
Muhamad Hafiz Bin Hamad
Bc13110103
No comments:
Post a Comment